Saturday, April 19, 2008

POLIS DAN UNDANG UNDANG LALULINTAS

Berita terkini daripada Ketua Polis Negara bahawa pihak polis adalah dalam perancangan untuk memasang kamera pada setiap kereta peronda polis adalah satu langkah yang baik dan sealiran dengan usaha yang telah dilakukan oleh negara yang telah maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Dengan pemasangan kamera pada setiap kereta peronda bermakna semua aktiviti kepolisan yang melibatkan "contact" dengan orang awam mesti dilakukan dihadapan kamera. Dari segi keselamatan pula ianya adalah sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pihak polis sekiranya wujud sebagai cubaan yang mengancam keselamatan anggota polis peronda yang terlibat maka ianya adalah dirakamkan dan boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Disamping itu diharap usaha lain juga terus dilaksanakan dari masa kesemasa untuk lebih meningkatkan intergriti pasukan polis. Umpamanya semua saman lalulintas hendaklah hanya boleh dibayar melalui pos sahaja. Ini supaya tidak wujud "physical contact" dengan orang awam yang boleh memudahkan rasuah dilakukan. dengan itu maka pihak polis hendaklah mewujudkan sebuah pusat pemerosesan saman yang berpusat untuk menerima bayaran saman melalui pos ini. Pihak polis juga boleh menggunakan pejabat pos atau bank untuk orang awam membayar saman.

Untuk mengelakkan daripada rasuah bertapak dalam pasukan polis maka adalah baik juga jika Ketua Polis Negara dapat melaksanakan semua urusan yang melibatkan wang dengan "outsource" perkhimatan tersebut. Biarlah pasukan polis lebih memberikan kepada hal yang berkaitan dengan undang undang dan keselamatan.

Usaha juga hendaklah dilakukan supaya gaji setiap anggota polis yang berpangkat konstable hendaklah minimum Rm3,000.00 sebulan. Memandangkan semua anggota polis adalah menghadiri kursus khas selama beberapa tahun di PULAPOL maka sudah tiba masanya usaha dilakukan supaya setiap anggota polis mendapat gaji minima Rm3,000.00. Lagipun hanya mereka yang betul betul berminat sanggup menjadikan polis sebagai kerjaya hidup mereka maka mereka layak diberikan ganjaran gaji minimum Rm3,000.00 diatas pengorbanan yang mereka tunjukkan dengan menganggotai pasukan polis.

Untuk memberikan pendapatan tambahan kepada anggota polis maka dalam setiap aktiviti pembinaan yang melibatkan gangguan kepada laluan trafik diwajibkan kontraktor mengunakkan khidmat anggota polis. Mereka yang bercuti pada hari tertentu boleh lah digunakan untuk bertugas mengawal hal hal yang berkaitan dengan lalulintas ditempat pembinaan yang terbabit. bayaran kos anggota polis yang bertugas hendaklah dibayar oleh kontraktor yang terlibat. secara langsung anggota polis boleh mendapat pendapatan tambahan.

Kita pasti apabila kerajaan sanggup membayar gaji minimum anggota polis pangkat konstable sebanyak Rm3,000.00 sebulan rasuah sifar dikalangan anggota polis boleh dicapai. Intergriti pasukan polis boleh mencapai tahap yang cemerlang dari segi intergriti dari kaca mata orang awam.

1 comment:

komeng said...

tok..

polis ni rasuah dah jadi darah yg mengalir dalam tubuh mereka, bagi gaji 3000 pun diaorang akan tetap rasuah. tok tengok lah sendiri yang berpangkat(bukan konstabel) keatas kira gaji besar jugak tapi tetap rasuah jugak. kita tengok juak2 umno ke pkr ke sama je bila pegang kuasa urus duit rakyat rasuah tetap ada walaupun pendapatan mereka cukup tinggi. bagi saya bukan soal gaji tapi mentaliti. jadi usha perlu dari segi brainwash otak mereka ni. saya malu dengan kawan saya dr UK bila berlaku didepan mereka sedangkan mat saleh kristian ni cukup teguh integriti nya yg saya kenal lah.