Dicadangkan ditubuhkan "United Restaurant Enterpreneur (Bumiputra) Organization (UREO)" di negeri Pahang bagi memperjuangkan nasib usahawan bumiputra kita yang sentiasa dipijak dan diterajang oleh pihak berkuasa.
2.Dengan tertubuhnya pertubuhan ini maka nasib usahawan bumiputra akan lebih terbela dan layanan yang diberikan oleh pihak berkuasa akan lebih seragam. Layanan double standard oleh pihak berkuasa kepada usahawan ini akan dapat dihapuskan.
3.Segala kehendak pihak berkuasa terhadap usahawan restoran bumiputra ini akan lebih senang disampaikan secara seragam dan segala kemusykilan yang timbul akan dapat diketengahkan dan diperjelaskan dengan lebih berkesan.
4.Usaha para usahawan untuk maju berdasarkan merit dan keupayaan mereka perlu disokong dan tidak seharusnya dihalang oleh pihak berkuasa secara tidak langsung. Kebanyakkan usahawan restoran bumiputra adalah usahawan yang mampu berdikari yang memulakan perniagaan secara kecil kecilan dan berkembang mengikut keupayaan dan merit mereka. Tetapi pihak berkuasa dilihat sebagai pihak yang cuba menghancurkan kewujudan usahawan sebegini secara tidak langsung dengan pelbagai kehendak dan peraturan yang hanya diguna pakai secara "selective" terhadap mereka.
5.Kebanyakkan usahawan restoran adalah sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa akan tetapi "Little Napoleon" dikalangan pihak berkuasa akan terus menindas mereka selagi usahawan ini tidak tunduk kepada kehendak mereka seperti membayar wang najis rasuah dan sebagainya.
6. Secara kita tidak sedari kebanyakkan usahawan bumiputra yang cuba berdikari tanpa bantuan MARA dan kerajaan ini secara rambang akan menjadi mangsa pihak berkuasa yang juga kebanyakkannya bumiputra hanya kerana mereka begitu jujur dan fokus membina perniagaan mereka dan berdisiplin tinggi dan tidak mahu tunduk kepada ugutan kuasa.
7. Ada kalanya selagi usahawan bumiputra ini tidak tunduk kepada kehendak pihak penguasa walaupun selama 10 tahun berturut turut mereka tetap disabitkan dengan kesalahan yang sama. Cuba bayangkan 3 atau 4 kesalahan yang sama tetapi cuma silih berganti selama 10 tahun.
8. Antara kesalahan yang disabitkan adalah lantai yang basah. Walaupun usahawan restoran baru sahaja "mop" lantai dan lantai masih belum kering mereka sabitkan kesalahan dibawah peraturan lantai basah. Juga walaupun usahawan restoran mengamalkan jadual "mop" lantai setiap 1 jam sekali jika pihak penguasa datang membuat pemeriksaan maka mereka akan tetap disabitkan dengan kesalahan lantai basah kerana ianya adalah satu kesalahan yang subjektif.
9. Begitu juga longkang. Walaupun longkang telah dipasang 100% jubin dan sekiranya ada sisa makanan walaupun sebesar zarah maka usahawan restoran tetap disabitkan dengan kesalahan dengan alasan sisa makanan (walaupun sebesar zarah) di dalam longkang. Ini juga adalah merupakan kesalahan yang subjektif yang dikenakan kepada usahawan restoran (hanya apabila usahawan ini gagal untuk berkerjasama memberikan habuan najis rasuah kepada mereka).
10. Begitu juga dengan siling premis walaupun terdapat sedikit sawang akan tetap disabitkan dengan kesalahan walaupun boleh dikatakan 99.99% daripada keluasan siling adalah bebas daripada sawang. Ini adalah contoh peraturan yang subjektif yang boleh dimanipulasi oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Daerah supaya usahawan restoran tunduk kepada kehendak jijik mereka.
11. Amatlah mendukacitakan mentaliti pegawai penguatkuasaan daripada Jabatan Kesihatan Daerah ini adalah untuk menghukum usahawan setiap kali mereka membuat pemeriksaan tanpa mengambil kira kesan sebenar kepada keselamatan makanan.
12. Kebanyakkan usahawan restoran bukan mahukan pihak berkuasa menutup mata tetapi mahukan pemeriksaan yang lebih pratikal dan tidak double standard tetapi lebih telus. Contohnya sekiranya mereka rasakan sisa makanan sebesar zarah adalah merupakan kesalahan yang dilakukan oleh usahawan mereka hendaklah mencatitkan kesalahan sebagai demikian (sisa makanan sebesar zarah di dalam longkang). Maka para usahawan restoran akan lebih jelas dengan standard yang diamalkan oleh mereka.
13. Suruhanjaya Pencegah Rasuah dijemput menyiasat setiap Jabatan Kesihatan Daerah kerana dengan jelas mereka mengamalkan "selective inspection" di kalangan usahawan restoran dengan "ill intention" dan tanpa tolenrasi dan dengan perancangan piawai pemeriksaan yang teramat ketat melepasi kehendak diperingkat antarabangsa dengan sewenang wenangnya hanya apabila didapati usahawan yang diperiksa premis mereka tidak mahu memberikan sogokkan dengan najis rasuah.
14. Mereka adalah pihak berkuasa umpamanya sekiranya "putih" adalah hanya mengikut definasi mereka maka warna putih tetap tidak akan sama dan selagi meraka tidak mengatakan ianya adalah "putih" yang dikehendaki. Dengan itulah maka mana mana usahawan yang tidak ingin memberikan rasuah akan disabitkan dengan kesalahan kerana kehendak mereka sebagai pihak berkuasa adalah terlalu subjektif (hanya apabila mereka tidak berniat jujur). Apabila mereka tidak berniat jujur dengan tugas mereka maka walaupun apapun dilakukn oleh usahawan maka tidak akan dapat memenuhi kehendak mereka. Mereka ada kuasa untuk flip flop mengenai sesuatu mengikut kehendak mereka sehingga mereka mendapat habuan najis rasuah yang mereka kehendaki.
15. Mereka tidak akan dengan sejelasnya menerangkan dengan sebenarnya kehendak mereka kerana tujuan mereka mensabitkan kesalahan kepada usahawan yang terlibat adalah kerana mereka inginkan najis rasuah dan berharap kerja mereka lebih senang untuk menundukkan usahawan tadi. Tetapi tidak semua usahawan dengan senang akan tunduk kepada kehendak rasuah mereka. Akibatnya usahawan akan diberikan Gred yang rendah seperti C atau B. Sekiranya usahawan telah memperolehi Gred A maka mereka akan dengan segera mungkin menukar Gred A tadi kepada B atau C sekiranya dalam tempoh tertentu usahawan masih tidak mahu memberikan rasuah yang diinginkan mereka.
16. Sistem pengredan yang diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan sebenarnya tanpa disedari telah mengujudkan pasaran baru bagi pegamal najis rasuah dikalangan pihak berkuasa terbabit. Usaha murni asalnya oleh pihak berkuasa tempatan telah diselaputi najis oleh pengamal najis rasuah tadi.
17. Pengguna secara tidak langsung tertipu. Ini adalah kerana yang tidak layak mendapat Gred A tetapi kerana berkerjasama kepada kehendak perasuah tadi telah diberikan Gred A pada markah 1% hingga 2% sahaja untuk layak berada dalam Gred A (91% - 92%). Manakala usahawan restoran yang tidak mahu berkerjasama diberikan Gred yang lebih rendah daripada yang mereka layak hanya kerana mereka tidak mahu memberikan wang rasuah kepada pihak penguasa tadi.Akhirnya yang tertipu adalah para pengguna.
18.Sebenarnya amat menarik apabila berbual dengan para usahawan restoran bumiputra ini yang majoritinya berdikari dan menyokong kerajaan tetapi ditindas oleh pihak berkuasa dan pengamal najis rasuah. Walau bagaimana teruk sekali usahawan bumiputra ini ditindas mereka tetap berusaha mematuhi untuk membetulkan segala kesalahan yang disabitkan kepada mereka. Tetapi usaha mereka tidak akan selesai kerana akan ada sahaja kesalahan walaupun sebesar zarah yang boleh disabitkan kepada mereka. Adalah satu perjuangan yang tidak akan dimenangi oleh para usahawan bumiputra kita. walau bagaimanapun kebanyakkan usahawan ini terus berjaya walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh penguasa daripada Jabatan Kesihatan Daerah berkat sokongan daripada para pengguna yang sebenarnya lebih cerdik menilai disebalik Gred yang diberikan oleh pihak berkuasa.
19.Bagi pehak pengguna Gred yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan hanya menunggu masa untuk dibuang pakai kerana Gred yang tidak sepadan dengan tanggapan mereka yakni Gred kebanyakkan tinggi untuk premis yang tidak kelihatan bersih dan Gred rendah untuk premis yang kelihatan bersih.
20.Juga amat mengejutkan kebanyakkan premis yang bergred rendah adalah dipunyai oleh usahawan bumiputra yang juga beragama Islam dan halal makanannya. Disini jelas menunjukkan gejala najis rasuah berleluasan yang sedang berlaku yang terang terang tidak disokong oleh usahawan bumiputra. Tetapi amat malang usahawan bumiputra terpaksa mendapat imej yang rendah kerana menolak amalan najis rasuah.
Sunday, May 3, 2009
Laporan Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan
Adalah diharapkan bahagian Teknologi Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Pahang dapat memberian penjelasan lanjut kepada Semakan demerit yang digunakan di Negeri Pahang untuk premis makanan yang berbunyi:
"BAHAGIAN A(Item ke 5 dalam semakan demerit):Penyimpanan makanan yang dimasak hendaklah dalam bekas tertutup:
1. Suhu makanan panas = melebihi 60 darjah Celsius".
Apakah yang dimaksudkan dengan "Makanan Panas".
Adakah "Makanan Panas" merangkumi semua makanan yang dijual oleh sebuah restoran nasi campur.
Adakah suhu "Makanan Panas" adalah bermaksud kepada makanan masakan panas seperti Tom Yam atau masakan panas ala Thai atau Masakan Panas seperti mee goreng mamak.
Yang diamalkan oleh Pegawai Pemeriksa Kesihatan Daerah adalah meliputi semua makanan yang dijual oleh restoran nasi campur yang meliputi daripada ikan goreng hinggalah kepada kari atau gulai.
Mengikut Piawai Antarabangsa yang diguna pakai oleh NASA dan USDA makanan boleh dijual dan dimakan oleh orang awam apabila ianya mematuhi salah satu daripada yang berikut:
1. Makanan dimasak pada suhu 74 darjah Celsius atau ke atas dan makanan dijual pada suhu bilek dan bertutup. Maka makanan tersebut adalah selamat untuk tempuh selama 5 jam.
2. Makanan dimasak pada suhu 74 darjah Celsius dan ke atas dan makanan diletakkan pada suhu sekurang kurangnya 63 darjah Celsius ke atas maka ianya adalah selama di makan untuk tempoh sepanjang hari.
Manakala yang diguna pakai oleh Pegawai Penguatkuasa Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan di restoran adalah "suhu makanan panas = melebihi 60 darjah Celsius" digunakan untuk semua jenis makanan keluaran restoran nasi campur daripada ikan goreng sehinggalah kepada kari atau gulai.
Tetapi ada kalanya Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan kebersihan premis makanan mengatakan ikan goreng bukan dikatergorikan sebagai "Makanan Panas" cuma SEMUA makanan berkuah pula dikatergorikan sebagai "Makanan Panas".
Sekiranya sebarang jenis makanan berkuah di restoran nasi campur dijual kepada pengguna tanpa mematuhi "SUHU MAKANAN PANAS = MELEBIHI 60 DARJAH CELSIUS" maka pengusaha restoran terbabit dikatakan telah melakukan kesalahan dan dikenakan demerit point oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Daerah yang berkenaan.
Hendaknya Unit Teknologi Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjelaskan dengan lebih terperinci lagi apa yang mereka maksudkan dengan "Suhu Makanan Panas = Melebihi 60 Darjah Celsius" supaya penguatkuasaan yang TEPAT dapat dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Daerah di negeri Pahang.

Saturday, May 2, 2009
Menjual Makanan "Sejuk" Menyalahi Undang Undang
Mengikut "International Standards" yand diguna pakai oleh NASA dan USDA makanan boleh dijual jika memenuhi kriteria seperti makanan hendaklah bertutup dan makanan berada pada suhu bilik maka makanan tersebut boleh dijual selama 5 jam.
Manakala sekiranya makanan tersebut hendak dijual sehari suntuk maka makanan tersebut hendaklah sentiasa berada pada suhu 63 darjah celsius ke atas sepanjang masa.
Manakala Jabatan Kesihatan Daerah pula mewajibkan makanan supaya sentiasa berada pada suhu 60 darjah celsius ke atas sekiranya hendak dijual. Apabila suhu tidak berada pada suhu 60 darjah ke atas Jabatan Kesihatan Daerah mensabit pengusaha makanan sebagai telah melakukan kesalahan dan demerit pengusaha terlibat.
Walau bagaimanapun apa yang dikenakan oleh pegawai penguatkuasa kesihatan kepada pengusaha restoran adalah diragui. Mewajibkan ikan goreng sehinggalah kepada kari ikan walaupun dijual dalam masa 5jam supaya sentiasa berada pada suhu 60 darjah celsius ke atas adalah "rediculious" sama sekali.
Diharapkan unit teknologi makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat memberikan "ruling" kepada amalan salah pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah mereka setiap kali membuat pemeriksaan terhadap pengusaha restoran.
Apabila ditanya kemuskilan amalan pemeriksaan yang mereka buat mereka sentiasa mengatakan mereka adalah daripada Kementerian Kesihatan dan pengusaha restoran adalah wajib mematuhi arahan mereka walaupun tindakan mereka masih diragui.
Kebanyakan pengusaha makanan telah merujuk kepada internet bagi mencari rujukan kepada permasalahan ini dan dengan jelas amalan pemeriksaan "membabi buta" Pegawai Kesihatan Daerah adalah salah dan tidak tepat dan dipertikaikan oleh pengusaha restoran.
Ada pengusaha restoran di "down gred" kepada Gred B atau Gred C kerana kesalahan ini. Yang mana mengikut "International Standards" yang digunakan pakai oleh NASA dan USDA adalah dipatuhi.

Subscribe to:
Posts (Atom)