Adalah diharapkan bahagian Teknologi Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Pahang dapat memberian penjelasan lanjut kepada Semakan demerit yang digunakan di Negeri Pahang untuk premis makanan yang berbunyi:
"BAHAGIAN A(Item ke 5 dalam semakan demerit):Penyimpanan makanan yang dimasak hendaklah dalam bekas tertutup:
1. Suhu makanan panas = melebihi 60 darjah Celsius".
Apakah yang dimaksudkan dengan "Makanan Panas".
Adakah "Makanan Panas" merangkumi semua makanan yang dijual oleh sebuah restoran nasi campur.
Adakah suhu "Makanan Panas" adalah bermaksud kepada makanan masakan panas seperti Tom Yam atau masakan panas ala Thai atau Masakan Panas seperti mee goreng mamak.
Yang diamalkan oleh Pegawai Pemeriksa Kesihatan Daerah adalah meliputi semua makanan yang dijual oleh restoran nasi campur yang meliputi daripada ikan goreng hinggalah kepada kari atau gulai.
Mengikut Piawai Antarabangsa yang diguna pakai oleh NASA dan USDA makanan boleh dijual dan dimakan oleh orang awam apabila ianya mematuhi salah satu daripada yang berikut:
1. Makanan dimasak pada suhu 74 darjah Celsius atau ke atas dan makanan dijual pada suhu bilek dan bertutup. Maka makanan tersebut adalah selamat untuk tempuh selama 5 jam.
2. Makanan dimasak pada suhu 74 darjah Celsius dan ke atas dan makanan diletakkan pada suhu sekurang kurangnya 63 darjah Celsius ke atas maka ianya adalah selama di makan untuk tempoh sepanjang hari.
Manakala yang diguna pakai oleh Pegawai Penguatkuasa Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan di restoran adalah "suhu makanan panas = melebihi 60 darjah Celsius" digunakan untuk semua jenis makanan keluaran restoran nasi campur daripada ikan goreng sehinggalah kepada kari atau gulai.
Tetapi ada kalanya Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Daerah yang membuat pemeriksaan kebersihan premis makanan mengatakan ikan goreng bukan dikatergorikan sebagai "Makanan Panas" cuma SEMUA makanan berkuah pula dikatergorikan sebagai "Makanan Panas".
Sekiranya sebarang jenis makanan berkuah di restoran nasi campur dijual kepada pengguna tanpa mematuhi "SUHU MAKANAN PANAS = MELEBIHI 60 DARJAH CELSIUS" maka pengusaha restoran terbabit dikatakan telah melakukan kesalahan dan dikenakan demerit point oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Daerah yang berkenaan.
Hendaknya Unit Teknologi Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjelaskan dengan lebih terperinci lagi apa yang mereka maksudkan dengan "Suhu Makanan Panas = Melebihi 60 Darjah Celsius" supaya penguatkuasaan yang TEPAT dapat dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Daerah di negeri Pahang.
Sunday, May 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
malayisa masih ketinggalan dari segi pengkelasan makanan oleh agensi penguatkuasaan. setakat sekarang kebanyakannya hanya melihat kebersihan premis sahaja.bukan tidak penting kebersihan premis tetapi dalam kualiti makanan yang dijual diabaikan.
kementerian kesihatan bersama local council kena revamp procedure mereka.
Post a Comment