Mengikut "International Standards" yand diguna pakai oleh NASA dan USDA makanan boleh dijual jika memenuhi kriteria seperti makanan hendaklah bertutup dan makanan berada pada suhu bilik maka makanan tersebut boleh dijual selama 5 jam.
Manakala sekiranya makanan tersebut hendak dijual sehari suntuk maka makanan tersebut hendaklah sentiasa berada pada suhu 63 darjah celsius ke atas sepanjang masa.
Manakala Jabatan Kesihatan Daerah pula mewajibkan makanan supaya sentiasa berada pada suhu 60 darjah celsius ke atas sekiranya hendak dijual. Apabila suhu tidak berada pada suhu 60 darjah ke atas Jabatan Kesihatan Daerah mensabit pengusaha makanan sebagai telah melakukan kesalahan dan demerit pengusaha terlibat.
Walau bagaimanapun apa yang dikenakan oleh pegawai penguatkuasa kesihatan kepada pengusaha restoran adalah diragui. Mewajibkan ikan goreng sehinggalah kepada kari ikan walaupun dijual dalam masa 5jam supaya sentiasa berada pada suhu 60 darjah celsius ke atas adalah "rediculious" sama sekali.
Diharapkan unit teknologi makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat memberikan "ruling" kepada amalan salah pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah mereka setiap kali membuat pemeriksaan terhadap pengusaha restoran.
Apabila ditanya kemuskilan amalan pemeriksaan yang mereka buat mereka sentiasa mengatakan mereka adalah daripada Kementerian Kesihatan dan pengusaha restoran adalah wajib mematuhi arahan mereka walaupun tindakan mereka masih diragui.
Kebanyakan pengusaha makanan telah merujuk kepada internet bagi mencari rujukan kepada permasalahan ini dan dengan jelas amalan pemeriksaan "membabi buta" Pegawai Kesihatan Daerah adalah salah dan tidak tepat dan dipertikaikan oleh pengusaha restoran.
Ada pengusaha restoran di "down gred" kepada Gred B atau Gred C kerana kesalahan ini. Yang mana mengikut "International Standards" yang digunakan pakai oleh NASA dan USDA adalah dipatuhi.
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment