Thursday, April 23, 2009

JAWATAN KOSONG

Dalam keadaan ekonomi sekarang berapa banyak syarikat yang masih terus mengambil pekerja baru selain daripada sektor kerajaan.

2.Malangnya berapa banyak syarikat yang masih tidak dapat beroperasi dan berkembang kerana ketiadaan pekerja.Ada syarikat yang menggunakan khidmat syarikat "outsource" tetapi kerana proses birokrasi masih tidak menerima pekerja baru.

3. Samada disedari atau tidak sekarang ini kerajaan secara tidak langsung menyekat sektor perkhidmatan daripada mengambil pekerja kerana ingin peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat tempatan. Tetapi peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan telah 6 hingga 9 bulan kosong dan tidak dapat dipenuhi oleh anak tempatan dan masih tidak dapat menarik anak tempatan.

4. Dalam keadaan ekonomi sekarang ada syarikat yang telah menhentikan pekerja walaupun cuba dihalang oleh kerajaan mereka tetap memberhentikan pekerja mereka kerana perniagaan mereka tidak dapat lagi menampung kos overhead yang tinggi tanpa permintaan yang memadai terhadap barangan atau perkhidmatan mereka. Ini membuatkan keadaan parameter dan indikator ekonomi lebih tertekan.

5. Manakala sektor perkhidmatan yang masih bergerak disebalik keadaan ekonomi yang meleset tidak dibenarkan mengambil pekerja baru untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam keadaan sekarang boleh turut memberikan kesan kepada perniagaan mereka. Berbagai syarat dikenakan oleh Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) kepada mereka. Dengan syarat baru daripada JTR majikan dalam sektor perkhidmatan gagal mengaji pekerja tempatan kerana tidak menarik minat mereka dan gagal mendapatkan pekerja asing kerana kerajaan tidak membenarkannya.

6. Sektor perkhidmatan menunggu masa untuk rebah sahaja dengan polisi baru yang diwujudkan. Dalam keadaan ekonomi yang wujud sekarang sekiranya kita terlalu melindungi kepentingan kita tiada negara akan membeli barangan keluaran kita kerana mereka juga akan mengamalkan perlindungan daripada membeli barangan kita.

7. Dalam keadaan ekonomi sekarang ekonomi akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan memperkenalkan banyak polisi polisi perlindungan yang baru tanpa sebenarnya menyelesaikan masalah ekonomi sebenar yang dihadapi.

8. Pendekatan yang kita nampak diambil oleh kerajaan adalah dengan menghukum sektor lain dengan harapan hendak menolong sektor yang merosot. Kaedah sebegini adalah salah sama sekali.

9. Secara tidak disedari polisi yang diperkenalkan dikeadaan ekonomi yang gawat ini sebenarnya boleh membunuh sektor yang selama ini telah berjaya membangun tanpa campur tangan daripada pembuat polisi.

Tuesday, April 21, 2009

PERDANA MENTERI

Sudah tiba masanya perdana menteri kita menjalankan tugas sepenuh masa sebagai perdana menteri. Perdana menteri tidak sepatutnya memegang jawatan kabinet yang lain lebih lebih lagi sebagai menteri kewangan. Dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang mencabar ini sudah tiba masanya kita mempunyai seorang menteri kewangan yang merupakan menteri kewangan sepenuh masa.

2. Walau seramai manapun timbalan menteri kewangan atau menteri kewangan kedua dilantik apabila seorang perdana menteri memegang jawatan bertaraf menteri yang lain bermakna negara kita mempunyai seorang perdana menteri separuh masa. Bolehkah dalam keadaan negara kita menuju kepada wawasan 2020 ianya dipimpin oleh seorang pemimpin separuh masa.

3. Mungkin sudah tiba masanya perdana menteri najib mula memikirkan hanya memegang jawatan sebagai perdana menteri. Sebagai hanya perdana menteri fokus usaha dan tenaga perdana menteri najib boleh diberikan kepada meneraju dan mengemudi pentadbiran dan pengurusan negara dengan lebih berkesan dan fokus.

4.Apa gunanya memegang 2 atau tiga jawatan jika zat daripada jawatan yang dipegang tidak dapat dikecapi oleh rakyat 100% kerana tanggung jawab pada jawatan yang lain.

5.Dengan memegang 2 jawatan secara langsung ianya akan menurunkan KPI seseorang menteri.

6. Harap perdana menteri najib dapat memikirkan saranan yang diberikan kerana ianya lebih memberikan banyak kebaikan daripada kelemahan. Perdana menteri najib akan lebih berkesan meneraju negara dan memimpin kabinet dan bn.

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS MELALUI MATEMATIKA & SAINS

Bukannya kita tidak menyokong pengajaran bahasa inggeris untuk para pelajar. Tetapi dengan penghapusan bahasa asal pengajaran untuk matematika dan sains bermakna kita menekankan pembelajaran bahasa inggeris dengan penghapusan bahasa malaysia sebagai bahasa penghantar.

2.Dengan penghapusan bahasa malaysia untuk mengajar matematik dan sains maka bahasa malaysia untuk matematika dan bahasa malaysia untuk sains tidak akan berkembang maju malah berkemungkinan akan beransur ansur hilang kepentingannya.

3.Jika beria ria sangat menteri kita ingin menerapkan bahasa inggeris kepada pelajar maka perkenalkan subjek baru bahasa inggeris untuk komunikasi untuk semua pelajar. Dengan mengambil subjek komunikasi bahasa inggeris ini para pelajar akan boleh bertutur dalam bahasa inggeris bukan sahaja setakat boleh membaca dan menulis dalam bahasa inggeris.

4.Secara kita tidak sedari para pemimpin kita terlalu mudah untuk berkompromi dan mengadaikan apa yang kita ada untuk tukaran kepada sesuatu yang baru.

Sunday, April 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL

1. Samada kita setuju atau tidak dengan cara wakil rakyat daripada pakatan rakyat meletak jawatan setiap kali mempunyai masalah peribadi dan kita telah mula menjadikan ini sebagai isu kepada rakyat, sebenarnya cara yang mereka lakukan adalah sealiran dengan kehendak rakyat.

2. Apa yang wakil pakatan rakyat buat adalah setanding dengan apa yang juga dibuat oleh wakil daripada negara maju seperti Amerika, Jepun, England, German dan lain lain. Zaman dimana wakil rakyat tergantung pada jawatan tanpa mengambil kira apa yang berlaku sudah berlalu. Dari segi ini nampaknya BN masih jauh ketinggalan pendekatannya berbanding dengan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat.

3. Jangan pula hendak kita jadikan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat ini sebagai issu kerana jika kita teruskan juga maka dikaca mata rakyat kita bukan sahaja nampak jauh ketinggalan malah bercanggah dengan kehendak rakyat yakni setiap wakil rakyat hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia untuk meletak jawatan. Amalan sebegini setelah lebih daripada 50 tahun boleh dikatakan tidak pernah dilakukan oleh mana mana wakil BN.

KERAJAAN NEGERI PERAK

Mengambil alih kerajaan negeri perak daripada pakatan rakyat dengan cara walaupun demokratik tetapi penuh dengan kerapuhan adalah merupakan suatu kesilapan yang amat besar yang telah kita lakukan tanpa menerima realiti sebenar situasi politik di negeri perak.

Kekuatan sebenarnya yang ada pada bekas kerajaan pakatan rakyat pada waktu ini adalah pada speaker dewan undangan negeri perak. Walau apapun yang akan dilakukan oleh UMNO dan BN dalam situasi sekarang ini pastinya tuan yang dipertua speaker yang jelasnya bukannya seorang yang bodoh tindakan dan pemikirannya pasti ada diperuntukkan lagi sejuta satu macam clause yang tertanam dalam undang undang tubuh negeri perak untuk tetap mempertahankan kedaulatan asal kerajaan negeri perak.

Kita lupa kepada perkara asas bahawa 3 orang adun yang kita bawa berjumpa tuanku raja perak adalah juga merupakan 3 orang adun yang sama yang 11 bulan sebelum itu telah terlebih dahulu juga dibawah mengadap tuanku raja perak oleh bekas kerajaan pakatan rakyat. Dengan adanya ketiga tiga mereka itulah yang sebenarnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat kerajaan negeri perak.

Kita berjaya mengambil kembali kerajaan negeri perak daripada gengaman pakatan rakyat dengan pertolongan daripada ketiga tiga adun yang sama. Sebenarnya dengan adanya 3 adun tadi, BN menjadi lebih rapuh daripada sebelumnya. Ketiga tiga adun yang sama sekali lagi bersama sama dengan kita berbohong hidup hidup dihadapan tuanku raja perak bahawa kini mereka menyokong kita. Walhal 11 bulan yang lepas mereka penyebab utama tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat. Percayalah tuanku raja perak adalah lebih pintar daripada kita semua. Baginda mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Baginda merestui dengan apa yang berlaku kerana baginda mengetahui perlembagaan negeri perak tetap akan melindungi kedaulatan tubuh dan pentadbiran kerajaan negeri perak.

Dengan apa yang berlaku sebenarnya ianya adalah merugikan rakyat negeri perak. Sokongan rakyat yang masih ada pada BN nampaknya akan menjadi lebih mencabar untuk dipulihkan kembali. Tetapi yang malangnya tiba bulan May 2009 ini dengan adanya tuan yang dipertua speaker dari pakatan rakyat tuanku raja perak pasti merestui pembubaran dun. Dengan itu ianya akan berbalik kepada hasrat asal kerajaan pakatan rakyat bergegas untuk membubarkan dun sebelum ini. Pada kita BN kerana kerakusan dan ketidakcerdikan segelintir pemimpin muda kita hendak berkuasa kita akan ditelan oleh kuasa yang ada dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri perak. Tiba May ini dun sekiranya dun terbubar maka sekali lagi rakyat negeri perak akan diajak memilih pemimpin sebenar mereka. Pilihanraya di negeri perak nanti sesungguhnya merupakan perhitungan yang amat berat bagi kita. Rakyat akan membuat keputusan mereka sekali lagi dan dengan apa yang telah berlaku apakah kita masih percaya rakyat akan terus menyokong dan meningkatkan sokongan pada kita.

Amatlah mendukacitakan untuk mengatakan bahawa tindakan kita mengambil alih kerajaan negeri perak sebenarnya akan turut menjadi unsur kepada kehilangan sokongan kita daripada rakyat. Apa yang telah kita lakukan sebenarnya juga merupakan suatu eksperimen yang dilakukan oleh pakatan rakyat sekiranya mereka berani mengambil alih kerajaan persekutuan dengan bantuan mp dari bn sebagaimana yang mereka canangkan. Samada kita suka atau sebaliknya sebenarnya kita telah diperdayakan kerana kerakusan pemimpin muda kita kepada KUASA.

Saturday, April 4, 2009

MELAHIRKAN USAHAWAN - Pengenalan

Secara realitinya tidak semua orang boleh menjadi usahawan. Usahawan adalah dilahirkan. Ianya tidak boleh dibentuk. Usahawan yang sebenarnya hendaklah dicari dan setelah dijumpai barulah ianya dibentuk.

Menjadi seorang usahawan adalah 99 peratus persediaan minda hanya 1 peratus sahaja menyentuh soal soal lain. Dengan persediaan minda yang berkesan dan matang maka apa sahaja halangan yang ditempuhi tidak menghalang bakal seorang usahawan untuk terus mara menuju dan meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Persekitaran polisi yang diwujudkan untuk melahirkan seorang usahawan juga adalah penting untuk menjamin usahawan dengan usaha yang tidak putus dapat akhirnya dilahirkan. Polisi yang ada sekarang sebenarnya tidak menyokong untuk melahirkan seorang usahawan sebenar. Kita mempunyai polisi yang lebih kearah menghukum ke atas sebarang kegagalan yang ditempuhi oleh usahawan. Institusi kewangan akan menyenarai hitam usahawan yang telah gagal dalam usaha mereka. Sistem kewangan yang ada sekarang tidak menyokong langsung usahawan yang jatuh ini untuk bangun kembali. Kita sepatutnya mempunyai polisi untuk membantu usahawan ini bangun kembali seperti Bangkrup Chapter 11 atau Bangkrup Chapter 11 yang boleh melindungi usahawan daripada kreditor supaya usahawan mempunyai masa untuk urus kembali dan bangun. Sistem kewangan kita yang mahukan straight A usahawan adalah terpesong dari tujuan sebenar untuk melahirkan usahawan. Tidak ada seorang usahawan sebenar didunia ini yang berjaya sepanjang masa tanpa mengalami sebarang kegagalan.
Bersambung.

Tuesday, March 31, 2009

BUKIT GANTANG

Persidangan UMNO yang telah lama tertangguh telah berjaya memberikan dan membawa nafas baru kepada UMNO. Setidaknya barisan kepimpinan yang telah dipilih dapat mencerminkan hala tuju UMNO seterusnya.

Walau bagaimanapun tindakan para pengundi di Bukit Gantang terhadap Barisan Nasional nanti tidak boleh dianggap berakhir disitu sahaja. Ada mungkinnya para pengundi boleh memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan harapan supaya Barisan Nasional kekal professional dengan janji yang telah dibuat. Jangan terkejut apabila di PRU 13 nanti para pengundi Bukit Gantang boleh pula beralih kepada Barisan Nasional.

Peringatan kepada para penceramah Barisan Nasional supaya lebih focus kepada apa yang dapat dilaksanakan untuk kebaikkan rakyat Bukit Gantang bukannya merendah rendahkan keupayaan Pakatan Rakyat. Merendah rendahkan Pakatan Rakyat untuk meraih undi disini tidak akan berkesan.

Kekuatan yang ada pada Ir. Nizar adalah keperibadian beliau yang tinggi dikalangan rakyat Perak dan para pengundi Bukit Gantang yang berbilang kaum. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka. Juga jangan terkejut dengan apa yang telah berlaku di Perak secara langsung juga dapat memberikan undi simpati kepada Ir. Nizar. Dengan kata lain usaha kerajaan BN yang akhirnya memberikan faedah kepada calun Pakatan Rakyat. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan. Disinilah nanti akan timbul persoalan sebenarnya apa baiknya kita mengambil alih kerajaan negeri Perak dikaca mata rakyat Perak. Itu yang sebenarnya penting untuk dianalisa.

Apa yang para pengundi Bukit Gantang mahu adalah seorang pemimpin yang boleh mentafsirkan kehendak mereka dengan sebenarnya terutamanya dalam menghadapi kemelesetan ekonomi global yang kita alami sekarang.