Sunday, April 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL

1. Samada kita setuju atau tidak dengan cara wakil rakyat daripada pakatan rakyat meletak jawatan setiap kali mempunyai masalah peribadi dan kita telah mula menjadikan ini sebagai isu kepada rakyat, sebenarnya cara yang mereka lakukan adalah sealiran dengan kehendak rakyat.

2. Apa yang wakil pakatan rakyat buat adalah setanding dengan apa yang juga dibuat oleh wakil daripada negara maju seperti Amerika, Jepun, England, German dan lain lain. Zaman dimana wakil rakyat tergantung pada jawatan tanpa mengambil kira apa yang berlaku sudah berlalu. Dari segi ini nampaknya BN masih jauh ketinggalan pendekatannya berbanding dengan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat.

3. Jangan pula hendak kita jadikan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat ini sebagai issu kerana jika kita teruskan juga maka dikaca mata rakyat kita bukan sahaja nampak jauh ketinggalan malah bercanggah dengan kehendak rakyat yakni setiap wakil rakyat hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia untuk meletak jawatan. Amalan sebegini setelah lebih daripada 50 tahun boleh dikatakan tidak pernah dilakukan oleh mana mana wakil BN.

No comments: