Mengambil alih kerajaan negeri perak daripada pakatan rakyat dengan cara walaupun demokratik tetapi penuh dengan kerapuhan adalah merupakan suatu kesilapan yang amat besar yang telah kita lakukan tanpa menerima realiti sebenar situasi politik di negeri perak.
Kekuatan sebenarnya yang ada pada bekas kerajaan pakatan rakyat pada waktu ini adalah pada speaker dewan undangan negeri perak. Walau apapun yang akan dilakukan oleh UMNO dan BN dalam situasi sekarang ini pastinya tuan yang dipertua speaker yang jelasnya bukannya seorang yang bodoh tindakan dan pemikirannya pasti ada diperuntukkan lagi sejuta satu macam clause yang tertanam dalam undang undang tubuh negeri perak untuk tetap mempertahankan kedaulatan asal kerajaan negeri perak.
Kita lupa kepada perkara asas bahawa 3 orang adun yang kita bawa berjumpa tuanku raja perak adalah juga merupakan 3 orang adun yang sama yang 11 bulan sebelum itu telah terlebih dahulu juga dibawah mengadap tuanku raja perak oleh bekas kerajaan pakatan rakyat. Dengan adanya ketiga tiga mereka itulah yang sebenarnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat kerajaan negeri perak.
Kita berjaya mengambil kembali kerajaan negeri perak daripada gengaman pakatan rakyat dengan pertolongan daripada ketiga tiga adun yang sama. Sebenarnya dengan adanya 3 adun tadi, BN menjadi lebih rapuh daripada sebelumnya. Ketiga tiga adun yang sama sekali lagi bersama sama dengan kita berbohong hidup hidup dihadapan tuanku raja perak bahawa kini mereka menyokong kita. Walhal 11 bulan yang lepas mereka penyebab utama tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat. Percayalah tuanku raja perak adalah lebih pintar daripada kita semua. Baginda mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Baginda merestui dengan apa yang berlaku kerana baginda mengetahui perlembagaan negeri perak tetap akan melindungi kedaulatan tubuh dan pentadbiran kerajaan negeri perak.
Dengan apa yang berlaku sebenarnya ianya adalah merugikan rakyat negeri perak. Sokongan rakyat yang masih ada pada BN nampaknya akan menjadi lebih mencabar untuk dipulihkan kembali. Tetapi yang malangnya tiba bulan May 2009 ini dengan adanya tuan yang dipertua speaker dari pakatan rakyat tuanku raja perak pasti merestui pembubaran dun. Dengan itu ianya akan berbalik kepada hasrat asal kerajaan pakatan rakyat bergegas untuk membubarkan dun sebelum ini. Pada kita BN kerana kerakusan dan ketidakcerdikan segelintir pemimpin muda kita hendak berkuasa kita akan ditelan oleh kuasa yang ada dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri perak. Tiba May ini dun sekiranya dun terbubar maka sekali lagi rakyat negeri perak akan diajak memilih pemimpin sebenar mereka. Pilihanraya di negeri perak nanti sesungguhnya merupakan perhitungan yang amat berat bagi kita. Rakyat akan membuat keputusan mereka sekali lagi dan dengan apa yang telah berlaku apakah kita masih percaya rakyat akan terus menyokong dan meningkatkan sokongan pada kita.
Amatlah mendukacitakan untuk mengatakan bahawa tindakan kita mengambil alih kerajaan negeri perak sebenarnya akan turut menjadi unsur kepada kehilangan sokongan kita daripada rakyat. Apa yang telah kita lakukan sebenarnya juga merupakan suatu eksperimen yang dilakukan oleh pakatan rakyat sekiranya mereka berani mengambil alih kerajaan persekutuan dengan bantuan mp dari bn sebagaimana yang mereka canangkan. Samada kita suka atau sebaliknya sebenarnya kita telah diperdayakan kerana kerakusan pemimpin muda kita kepada KUASA.
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment