Saturday, November 22, 2008

INISIATIF SWASTA

Lawatan ke Kelantan selama sebulan sebenarnya telah membuka mata kita sebagai bumiputra dibumi Malaysia yang bertuah ini. Warga dan ahli perniagaan Kelantan adalah merupakan modal insan yang tekun dan gigih walaupun terus dihalang secara tidak langsung daripada terus maju. Amat kagum melihat kesungguhan warga Kelantan terus berusaha membangunkan negeri yang telah sekian lama ditindas oleh kerajaan persekutuan baik secara langsung maupun tidak langsung.

Kebanyakkan projek pembangunan di Kelantan adalah inisiatif swasta daripada membangunkan sebidang tanah sekakang kera sehinggalah kepada pembangunan bandar baru maupun bandar satelit pelabuhan darat. Syabas diatas inisiatif yang ditunjukkan. Sebenarnya apa yang berlaku di Kelantan adalah gambaran sebenar yang Perdana Menteri sendiri mahu lihat ada dalam diri kita golongan bumiputra.

Nampaknya sudah tiba masanya kerajaan pusat membangunkan Kelantan setaraf dengan pembangunan di negeri negeri lain. Polisi penindasan ekonomi secara tidak langsung terhadap Kelantan setelah hampir 20 tahun masih memberikan kerajaan negeri masih di bawah pemenrintahan Pas menunjukkan ianya adalah polisi yang gagal menarik sokongan warga Kelantan. Sepatutnya para pemimpin UMNO di Kelantan dapat melihat akan kegagalan ini dan apalah salahnya menukar kepada polisi yang berlainan. Polisi yang tidak bersifat penindasan hendaklah diamalkan. Pembangunan oleh kerajaan pusat tidak patut disekat atau dihalang. Pembangunan adalah dari kerajaan kepada rakyat. Jika kerajaan pusat dapat mengamalkan polisi yang lebih mulia pastinya hati warga Kelantan boleh berubah. Walau bagaimanapun yang sudah pastinya amalan selama ini setelah hampir 20 tahun adalah gagal dan perlu ditukar sepenuhnya.

Untuk memajukan Kelantan sepenuhnya kerajaan pusat boleh membenarkan syarikat yang berkemampuan membina Lebuhraya dari Bentong di Pahang ke Rantau Panjang di Kelantan. Sebagaimana Lebuhraya Utara - Selatan Lebuhraya Bentong - Rantau Panjang boleh membangunkan kawasan baru sepanjang lebuhraya. Manakala pengangkutan daripada Selatan Thai boleh menggunakan laluan ini untuk ke Singapura.Secara tidak langsung juga ianya dapat membangunkan ekonomi negeri Pahang dan Trengganu.

Pastinya sekiranya peluang tender terbuka diberikan dalam bentuk "Build Operate & Transfer (BOT)tidak kurang juga sambutan yang akan diterima nanti. Lagipun projek infrastruktur sebegini amat diperlukan dalam menjana ekonomi dalam kemungkinan menghadapi kegawatan ekonomi memandangkan setelah ekonomi kembali pulih projek sebegini sudah dapat disiapkan dan bersedia untuk digunakan dan terus menjanakan ekonomi negeri dan negara.

Projek sebegini dapat mengwujudkan sekurang kurangnya 1,000 peluang pekerjaan dowstream untuk setiap Rm1,000,000.00 yang dibelanjakan.Projek sebegini juga boleh dijadikan stimulus pakage kepada persediaan menghadapi kegawatan ekonomi yang bakal melanda negara di tahun 2009 nanti.

Sudah tiba masanya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab perlembagaan kepada negeri Kelantan dan warga Kelantan tanpa mengambil kira samada negeri Kelantan di bawah pemenrintahan Barisan Nasional maupun Pas. Ini adalah antara "the right thing to do" oleh kerajaan persekutuan.Banyak tauladan boleh kita ambil daripada negara maju seperti Amerika Syarikat yang mana Governornya di bawah pemenrintahan Democrat tetapi masih boleh terus maju di bawah pentadbiran President daripada parti Republican.

Amalan slogan seperti Projek Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan negeri Pakatan Rakyat hendaklah dihapuskan. Ianya seharusnya hanyalah samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, itu sahaja tidak lebih dan tidak kurang. Pembangunan untuk rakyat hendaklah diteruskan tanpa mengira idealogi kerana kesan kepada ekonomi tidak memilih jenis malah memberi kesan samada kepada negeri atau negara yang kelak ditanggung oleh kita semua.

KUALITI JALANRAYA KUALA LUMPUR KE KOTA BHARU

Memandu daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah lebih selesa kali ini berbanding dengan beberapa tahun yang lepas. Taraf jalanraya terus meningkat terutamanya sepanjang perjalanan daripada Bentong ke Kota Bharu.

Walau bagaimanapun perjalanan daripada Bentong ke Raub masih lagi terhunyun hayang memandangkan kualiti jalan walaupun baru tetapi tidak memenuhi kehendak spesifikasi jalanraya. Bumpy ride dari Bentong ke Raub berpunca daripada jalanraya yang tidak dibina berdasarkan kepada piawai spesifikasi jalanraya yang dikeluarkan oleh JKR.

Keadaan bumpy yang terjadi adalah berpunca daripada keadaan sub-base jalan yang tidak mematuhi kehendak spesifikasi pembinaan. Kemungkinan sub-base tidak memenuhi kehendak compaction sebenar yang diperlukan. Apabila kehendak compaction tidak dipenuhi maka berlakulah depression pada permukaan jalanraya disana sini seperti yang terjadi kepada laluan Bentong ke Raub ini.

Amatlah mendukacitakan kepada pembayar cukai apabila hasil pembinaan yang tidak memenuhi kehendak spesifikasi diterima pakai oleh JKR dan hasilnya kita pengguna jalanraya terpaksa menanggung keadaan pemanduan yang bumpy dan tidak selesa ini. Lebih merugikan apabila keadaan jalanraya yang seperti ini yang dibina oleh kontraktor yang tidak memenuhi kehendak spesifikasi dibayar hasil kerjanya oleh JKR setaraf dengan pembinaan yang bermutu tinggi yang mengikut kehendak spesifikasi.

Workmanship jalanraya laluan Bentong ke Raub berbanding dengan laluan Raub ke Kuala Lipis atau Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah ibarat langit dengan bumi.Tetapi kontraktor dibiarkan menyerahkan hasil kerja yang sub-standard dan diterima pakai oleh JKR. Lebih memalukan lagi disebalik membaik pulih laluan ini JKR memasang papan tanda jalanraya memberitahu pengguna jalanraya supaya berhati hati dengan keadaan jalanraya yang bumpy.dengan kata lain JKR mahu pengguna jalanraya dan pembayar cukai "live with it" dengan hasil kualiti kerja yang telah diterima dan diguna pakai oleh mereka.

Stretch daripada Bentong ke Raub adalah flaw dan tidak mengikut spesifikasi dan JKR hendaklah memulakan initiatif memulihkan keadaan laluan ini. Janganlah pula hanya apabila ianya menjadi issue negara sebagaimana yang berlaku pada piers di viaduct laluan Laluan Lingkaran Tengah di Kepong barulah ianya hendak dipandang serious.

Perjalanan daripada Raub ke Kuala Lipis adalah selesa. Laluan ini nampaknya dibina mematuhi kehendak spesifikasi JKR. Pemanduan sebelah malamnya dilengkapi dengan bantuan illumination seperti cat eyes dan illumination marking jalanraya. Walaupun pemanduan diwaktu malam dan dalam keadaan hujan pemanduan dilaluan ini adalah lebih selamat.

Manakala pemanduan daripada Kuala Lipis ke Gua Musang keadaan jalan semasa berada dalam negeri Pahang boleh dikatakan dalam keadaan baik dan selamat pemanduannya samada untuk pemanduan siang hari maupun untuk malam dan hari hujan.

Walau bagaimanapun sebaik sahaja memasuki sempadan Kelantan daripada Kuala Lipis ke Gua Musang keadaan keselamatan pemanduan menjunang turun daripada selamat kepada merbahaya lebih lebih lagi kepada pemanduan sebelah malam ditambah lagi pada hari hujan.

JKR hendaklah memainkan peranan pro aktif dalam mengenal pasti milestone tertentu untuk dinaik taraf dengan peningkatan illumination pada jalanraya dan kiri kanan jalanraya. Keselamatan pemanduan waktu malam dan hari hujan hendaklah diambil kira dengan serious supaya menaik taraf ciri ciri keselamatan untuk laluan ini boleh dibuat dengan berkesan.

Perjalanan daripada Gua Musang Ke Kuala Krai masih tidak berubah berbanding dengan sebelumnya. Memandangkan laluan ini telah berusia melebihi atau hampir 30tahun maka laluan ini memerlukan naik taraf ciri ciri keselamatan kepada laluan ini seperti lane marking, cat eyes, illumination yang lebih lengkap pada marking post atau metal beam rail. Illumination yang dapat membantu meningkatkan keselamatan pemanduan pada waktu malam dan hari hujan.

Pemanduan daripada Kuala Krai ke Machang telah banyak berubah dan lebih selamat dan selesa dengan laluan baru siap. Memandangkan laluan ini masih baru diharap pihak JKR tidak akan mengabaikan penyenggaraan secara berkala kepada laluan ini supaya pembayar cukai tidak rugi menanggung kos pembaikpulihan jalan dimasa hadapan. Menyenggara lebih berkesan dan menjimatkan berbanding dengan pembaikpulihan dikemudian hari akibat kerosakan.

Perjalanan daripada Machang ke Kota Bharu juga lebih selesa. Walau bagaimanapun dengan keadaan bilangan trafik yang semakin meningkat dan adanya laluan baru daripada Kuala Krai ke Machang sudah tiba masanya laluan daripada Machang ke Kota Bharu dinaik taraf sepenuhnya supaya lebih selesa dan dapat menanggung bilangan trafik yang semakin bertambah daripada Machang ke Kota Bharu.

Tuesday, November 18, 2008

HUJAN DAN KEMALANGAN

Bagaikan tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap kali hujan maka akan berlakunya kemalangan. Maka sebab itu jugalah setiap kali hari hujan maka akan kelihatan tol trak menunggu giliran apabila kita memandu dimana mana lebuhraya.

Keadaan hujan dan kemalangan juga sentiasa berlaku apabila kita menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Setiap kali hari hujan ada sahaja kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah berlaku pada salah satu daripada lokasi yang sama sepanjang laluan samada daripada Kuala Lumpur ke Karak maupun dari Karak ke Kuala Lumpur.

Punca utama berlakunya kemalangan pada hari hujan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah kerana adanya stretch yang mana takala hujan lebat surface runoff melintasi lebuhraya. Keadaan ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya pembinaan jalan pada stretch tertentu mematuhi rekabentuk jalan. Surface runoff tidak sepatutnya melintasi lebuhraya malah surface runoff sepatutnya memasuki roadside drain. Surface runoff yang melintasi lebuhraya berlaku apabila section lebuhraya tidak mematuhi rekabentuk.

Untuk Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Lembaga Lebuhraya Malaysia bersama dengan MTD hendaklah melakukan pemanduan bersama semasa hujan lebat sepanjang lebuhraya bagi mengenal pasti stretch yang adanya surface runoff melintasi lebuhraya. Setiap stretch yang dikenal pasti hendaklah dibina semula berdasarkan rekabentuk sebenar.

Apabila keadaan sebenarnya stretch tertentu dapat dikenal pasti dan pemulihan dapat dilakukan mengikut kehendak rekabentuk maka kecederaan, kerugian harta dan kematian dapat dihapuskan. Pemanduan yang lebih selesa dan selamat dapat diwujudkan.

LORI DAN LAMPU BELAKANG

Adalah menghairankan kebanyakkan lori tidak mempunyai lampu belakang yang bermutu. Kebanyakkan lampu belakang lori walaupun jika dibandingkan dengan produa kancil atau naza sutera jauh lebih kebelakang teknologinya.

Keadaan lampu belakang lori yang malap dan tidak memenuhi kehendak lux level yang sepatutnya adalah membahayakan kepada pemandu kenderaan yang lain. Kebanyakkan kemalangan maut antara lori dengan bas ataupun kereta adalah kerana lampu belakang lori yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan jalanraya.

Sudah tiba masanya pihak JPJ menjalankan penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk menghalang lori yang tidak mempunyai lampu belakang selamat daripada terus menggunakan jalanraya dan mendatangkan resiko kepada pemandu kenderaan yang lain.

Jika bas mempunyai lampu belakang yang bermutu tinggi maka tidak ada sebabnya lori tidak dilengkapi dengan lampu belakang yang bermutu. Lampu belakang lori yang bermutu tinggi boleh menyelamatkan nyawa.

SAMAN EKOR

Kita bukan hendak menafikan pihak polis trafik daripada menjalankan tugas mereka mengeluarkan saman ekor kepada motorist. Tetapi adalah dikesalkan apabila keadaan dimana saman dikeluarkan adalah berdasarkan keadaan yang tidak adil kepada motorist.

Kebanyakan lokasi yang digunakan oleh pihak polis trafik dalam menempatkan radar halaju mereka terhadap motorist adalah dilokasi yang strategik yang mana dari segi teknikalnya boleh menimbulkan kelajuan yang tinggi. Antara lokasinya adalah seperti:

1. Jalan yang menurun bukit.
2. Jalan membengkok selepas turun bukit.
3. Lokasi jalan yang keadaannya super elevation.

Adalah adil juga sekiranya pihak polis trafik yang mengadakan speed trap supaya memasang papan tanda memaklumkan kepada motorist bahawa mereka memasuki kawasan speed trap. Bukan seperti sekarang ini yang mana mereka memasang papan tanda amaran kawasan speed trap apabila mulanya kawasan lebuhraya yang jaraknya 50 - 60km tetapi speed trap diadakan 40-50 km daripada papan tanda amaran speed trap. Adalah tidak merugikan sekiranya pihak polis trafik berlaku adil kepada motorist.

Dengan menyaman ekor para motorist secara tidak langsung sebenarnya akan merugikan kerajaan yang memerintah. Walaupun kerajaan dapat memungut bayaran saman tetapi secara tidak langsung kerajaan akan kehilangan sokongan padu daripada motorist yang berkaitan kepada mereka. Secara tidak langsung adakalanya motorist tidak memberikan sokongan kepada kerajaan lagi apabila mereka disaman dengan tidak adil.

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Kebanyakkan penunggang motosikal tak sayang nyawa. Telah banyak kali tersempak dengan mereka menunggang motosikal di lebuhraya tetapi dengan tidak memakai "illumination vest" malah kebanyakan motosikal tidak mempunyai lampu belakang motosikal yang sempurna. Ada lampu belakang motorsikal yang langsung tidak menyala.

Penunggang motorsikal lupa satu perkara bahawa apabila mereka sendiri tidak mengutamakan keselamatan diri sendiri untuk kelihatan pada pandangan mata pemandu lori dan kereta maka mereka meletakkan diri mereka pada resiko yang tinggi.

Kebanyakkan penunggang motorsikal ini adalah "ignorant" mengharapkan pemandu kenderaan lain nampak mereka terutamanya waktu malam. Sebenarnya tanggapan mereka adalah salah kerana sebenarnya kehadiran penunggang motorsikal adalah kebanyakannya tidak disedari oleh pemandu kenderaan lain pada waktu malam kecuali apabila telah dekat mengekori mereka barulah mereka kelihatan.

Pihak JPJ dan polis trafik hendaklah memainkan peranan penguatkuasaan yang lebih ketat kepada penunggang motosikal terutamanya yang memandu malam tetapi tidak memakai illumination vest dan motosikal tidak mempunyai lampu belakang yang sempurna.

Statistik telah membuktikan setiap kali perayaan bahawa kebanyakkan mangsa kematian jalanraya adalah penunggang motosikal. dengan itu kepada penunggang motosikal utamakan keselamatan. Sentiasa berfikir dengan logik akal adakah kehadiran mereka dijalanraya adalah kelihatan oleh pemandu kenderaan kenderaan yang lain. Utamakan ciri ciri keselamatan supaya kehadiran mereka adalah kelihatan oleh para pemandu kenderaan yang lain.

Saturday, April 19, 2008

KESESAKAN TRAFIK DI SRI GOMBAK

Masalah kesesakan trafik di Gombak bermula dari viaduct di Batu Caves sehingga Ramp keluar ke KASTURI Expressway adalah berpunca daripada traffic daripada laluan ini yang hendak mengambil lorong keluar ke Gombak atau Greenwood. Masalah ini telah mula wujud semenjak lebih dari dua tahun yang lepas apabila viaduct di Jalan Gombak ini disiapkan.

Dianggarkan setiap hari diantara Isnin hingga Jumaat samada "morning peak" maupun "evening peak" 1jam terbuang akibat kesesakan ini. Yakni 30minit sebelah pagi dan lagi 30minit disebelah petangnya. Sekiranya 80,000 kenderaaan menggunakan laluan ini setiap hari disebelah pagi dan petangnya bermakna sebanyak 80,000 jam terbuang akibat daripada kesesakan tersebut. Maka sekiranya nilai produktiviti adalah Rm10 sejam maka Rm800,000 nilai produktiviti terbuang setiap hari. Bermakna sebulan Rm20.8 juta nilai produktiviti terbuang. Maka untuk setahun RM249.60 juta nilai produktiviti rakyat terbuang begitu sahaja.

Untuk mengelakkan daripada nilai produktiviti daripada terus terbuang maka Jabatan Kerja Raya atau Lembaga Lebuhraya Malaysia atau mana agensi yang berkaitan hendaklah memasang "bollard" pada laluan untuk jalan viaduct Gombak memisahkannya dengan jalan "trunk" Gombak dihadapan bangunan CIMB.

Maka apabila "bollard" dipasang kenderaan daripada viaduct daripada Batu Caves tidak boleh lagi mencelah untuk ke Jalan Gombak samada untuk ke Taman Sri Gombak atau Greenwood.
Mereka hendaklah mengambil "u-turn" sebelum tol Lebuhraya Karak atau "U-turn" di Taman Melati atau mengambil jalan "trunk" yang bermula di susur keluar Jalan Perindustrian di hadapan kuil Batu Caves.

Sudah sampai masanya JKR atau LLM atau agensi berkaitan menyelamatkan kehilangan nilai produktiviti sebanyak Rm800,000.00 sehari daripada terus terbuang. Pemasangan "bollard" di viaduct jalan Sungai Buluh di Kepong adalah contoh yang telah berkesan menghapuskan kesesakan yang berlaku sebelum ini dilaluan tersebut.

POLIS DAN UNDANG UNDANG LALULINTAS

Berita terkini daripada Ketua Polis Negara bahawa pihak polis adalah dalam perancangan untuk memasang kamera pada setiap kereta peronda polis adalah satu langkah yang baik dan sealiran dengan usaha yang telah dilakukan oleh negara yang telah maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Dengan pemasangan kamera pada setiap kereta peronda bermakna semua aktiviti kepolisan yang melibatkan "contact" dengan orang awam mesti dilakukan dihadapan kamera. Dari segi keselamatan pula ianya adalah sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pihak polis sekiranya wujud sebagai cubaan yang mengancam keselamatan anggota polis peronda yang terlibat maka ianya adalah dirakamkan dan boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Disamping itu diharap usaha lain juga terus dilaksanakan dari masa kesemasa untuk lebih meningkatkan intergriti pasukan polis. Umpamanya semua saman lalulintas hendaklah hanya boleh dibayar melalui pos sahaja. Ini supaya tidak wujud "physical contact" dengan orang awam yang boleh memudahkan rasuah dilakukan. dengan itu maka pihak polis hendaklah mewujudkan sebuah pusat pemerosesan saman yang berpusat untuk menerima bayaran saman melalui pos ini. Pihak polis juga boleh menggunakan pejabat pos atau bank untuk orang awam membayar saman.

Untuk mengelakkan daripada rasuah bertapak dalam pasukan polis maka adalah baik juga jika Ketua Polis Negara dapat melaksanakan semua urusan yang melibatkan wang dengan "outsource" perkhimatan tersebut. Biarlah pasukan polis lebih memberikan kepada hal yang berkaitan dengan undang undang dan keselamatan.

Usaha juga hendaklah dilakukan supaya gaji setiap anggota polis yang berpangkat konstable hendaklah minimum Rm3,000.00 sebulan. Memandangkan semua anggota polis adalah menghadiri kursus khas selama beberapa tahun di PULAPOL maka sudah tiba masanya usaha dilakukan supaya setiap anggota polis mendapat gaji minima Rm3,000.00. Lagipun hanya mereka yang betul betul berminat sanggup menjadikan polis sebagai kerjaya hidup mereka maka mereka layak diberikan ganjaran gaji minimum Rm3,000.00 diatas pengorbanan yang mereka tunjukkan dengan menganggotai pasukan polis.

Untuk memberikan pendapatan tambahan kepada anggota polis maka dalam setiap aktiviti pembinaan yang melibatkan gangguan kepada laluan trafik diwajibkan kontraktor mengunakkan khidmat anggota polis. Mereka yang bercuti pada hari tertentu boleh lah digunakan untuk bertugas mengawal hal hal yang berkaitan dengan lalulintas ditempat pembinaan yang terbabit. bayaran kos anggota polis yang bertugas hendaklah dibayar oleh kontraktor yang terlibat. secara langsung anggota polis boleh mendapat pendapatan tambahan.

Kita pasti apabila kerajaan sanggup membayar gaji minimum anggota polis pangkat konstable sebanyak Rm3,000.00 sebulan rasuah sifar dikalangan anggota polis boleh dicapai. Intergriti pasukan polis boleh mencapai tahap yang cemerlang dari segi intergriti dari kaca mata orang awam.