Tuesday, November 18, 2008

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Kebanyakkan penunggang motosikal tak sayang nyawa. Telah banyak kali tersempak dengan mereka menunggang motosikal di lebuhraya tetapi dengan tidak memakai "illumination vest" malah kebanyakan motosikal tidak mempunyai lampu belakang motosikal yang sempurna. Ada lampu belakang motorsikal yang langsung tidak menyala.

Penunggang motorsikal lupa satu perkara bahawa apabila mereka sendiri tidak mengutamakan keselamatan diri sendiri untuk kelihatan pada pandangan mata pemandu lori dan kereta maka mereka meletakkan diri mereka pada resiko yang tinggi.

Kebanyakkan penunggang motorsikal ini adalah "ignorant" mengharapkan pemandu kenderaan lain nampak mereka terutamanya waktu malam. Sebenarnya tanggapan mereka adalah salah kerana sebenarnya kehadiran penunggang motorsikal adalah kebanyakannya tidak disedari oleh pemandu kenderaan lain pada waktu malam kecuali apabila telah dekat mengekori mereka barulah mereka kelihatan.

Pihak JPJ dan polis trafik hendaklah memainkan peranan penguatkuasaan yang lebih ketat kepada penunggang motosikal terutamanya yang memandu malam tetapi tidak memakai illumination vest dan motosikal tidak mempunyai lampu belakang yang sempurna.

Statistik telah membuktikan setiap kali perayaan bahawa kebanyakkan mangsa kematian jalanraya adalah penunggang motosikal. dengan itu kepada penunggang motosikal utamakan keselamatan. Sentiasa berfikir dengan logik akal adakah kehadiran mereka dijalanraya adalah kelihatan oleh pemandu kenderaan kenderaan yang lain. Utamakan ciri ciri keselamatan supaya kehadiran mereka adalah kelihatan oleh para pemandu kenderaan yang lain.

No comments: