Lawatan ke Kelantan selama sebulan sebenarnya telah membuka mata kita sebagai bumiputra dibumi Malaysia yang bertuah ini. Warga dan ahli perniagaan Kelantan adalah merupakan modal insan yang tekun dan gigih walaupun terus dihalang secara tidak langsung daripada terus maju. Amat kagum melihat kesungguhan warga Kelantan terus berusaha membangunkan negeri yang telah sekian lama ditindas oleh kerajaan persekutuan baik secara langsung maupun tidak langsung.
Kebanyakkan projek pembangunan di Kelantan adalah inisiatif swasta daripada membangunkan sebidang tanah sekakang kera sehinggalah kepada pembangunan bandar baru maupun bandar satelit pelabuhan darat. Syabas diatas inisiatif yang ditunjukkan. Sebenarnya apa yang berlaku di Kelantan adalah gambaran sebenar yang Perdana Menteri sendiri mahu lihat ada dalam diri kita golongan bumiputra.
Nampaknya sudah tiba masanya kerajaan pusat membangunkan Kelantan setaraf dengan pembangunan di negeri negeri lain. Polisi penindasan ekonomi secara tidak langsung terhadap Kelantan setelah hampir 20 tahun masih memberikan kerajaan negeri masih di bawah pemenrintahan Pas menunjukkan ianya adalah polisi yang gagal menarik sokongan warga Kelantan. Sepatutnya para pemimpin UMNO di Kelantan dapat melihat akan kegagalan ini dan apalah salahnya menukar kepada polisi yang berlainan. Polisi yang tidak bersifat penindasan hendaklah diamalkan. Pembangunan oleh kerajaan pusat tidak patut disekat atau dihalang. Pembangunan adalah dari kerajaan kepada rakyat. Jika kerajaan pusat dapat mengamalkan polisi yang lebih mulia pastinya hati warga Kelantan boleh berubah. Walau bagaimanapun yang sudah pastinya amalan selama ini setelah hampir 20 tahun adalah gagal dan perlu ditukar sepenuhnya.
Untuk memajukan Kelantan sepenuhnya kerajaan pusat boleh membenarkan syarikat yang berkemampuan membina Lebuhraya dari Bentong di Pahang ke Rantau Panjang di Kelantan. Sebagaimana Lebuhraya Utara - Selatan Lebuhraya Bentong - Rantau Panjang boleh membangunkan kawasan baru sepanjang lebuhraya. Manakala pengangkutan daripada Selatan Thai boleh menggunakan laluan ini untuk ke Singapura.Secara tidak langsung juga ianya dapat membangunkan ekonomi negeri Pahang dan Trengganu.
Pastinya sekiranya peluang tender terbuka diberikan dalam bentuk "Build Operate & Transfer (BOT)tidak kurang juga sambutan yang akan diterima nanti. Lagipun projek infrastruktur sebegini amat diperlukan dalam menjana ekonomi dalam kemungkinan menghadapi kegawatan ekonomi memandangkan setelah ekonomi kembali pulih projek sebegini sudah dapat disiapkan dan bersedia untuk digunakan dan terus menjanakan ekonomi negeri dan negara.
Projek sebegini dapat mengwujudkan sekurang kurangnya 1,000 peluang pekerjaan dowstream untuk setiap Rm1,000,000.00 yang dibelanjakan.Projek sebegini juga boleh dijadikan stimulus pakage kepada persediaan menghadapi kegawatan ekonomi yang bakal melanda negara di tahun 2009 nanti.
Sudah tiba masanya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab perlembagaan kepada negeri Kelantan dan warga Kelantan tanpa mengambil kira samada negeri Kelantan di bawah pemenrintahan Barisan Nasional maupun Pas. Ini adalah antara "the right thing to do" oleh kerajaan persekutuan.Banyak tauladan boleh kita ambil daripada negara maju seperti Amerika Syarikat yang mana Governornya di bawah pemenrintahan Democrat tetapi masih boleh terus maju di bawah pentadbiran President daripada parti Republican.
Amalan slogan seperti Projek Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan negeri Pakatan Rakyat hendaklah dihapuskan. Ianya seharusnya hanyalah samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, itu sahaja tidak lebih dan tidak kurang. Pembangunan untuk rakyat hendaklah diteruskan tanpa mengira idealogi kerana kesan kepada ekonomi tidak memilih jenis malah memberi kesan samada kepada negeri atau negara yang kelak ditanggung oleh kita semua.
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment