Memandu daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah lebih selesa kali ini berbanding dengan beberapa tahun yang lepas. Taraf jalanraya terus meningkat terutamanya sepanjang perjalanan daripada Bentong ke Kota Bharu.
Walau bagaimanapun perjalanan daripada Bentong ke Raub masih lagi terhunyun hayang memandangkan kualiti jalan walaupun baru tetapi tidak memenuhi kehendak spesifikasi jalanraya. Bumpy ride dari Bentong ke Raub berpunca daripada jalanraya yang tidak dibina berdasarkan kepada piawai spesifikasi jalanraya yang dikeluarkan oleh JKR.
Keadaan bumpy yang terjadi adalah berpunca daripada keadaan sub-base jalan yang tidak mematuhi kehendak spesifikasi pembinaan. Kemungkinan sub-base tidak memenuhi kehendak compaction sebenar yang diperlukan. Apabila kehendak compaction tidak dipenuhi maka berlakulah depression pada permukaan jalanraya disana sini seperti yang terjadi kepada laluan Bentong ke Raub ini.
Amatlah mendukacitakan kepada pembayar cukai apabila hasil pembinaan yang tidak memenuhi kehendak spesifikasi diterima pakai oleh JKR dan hasilnya kita pengguna jalanraya terpaksa menanggung keadaan pemanduan yang bumpy dan tidak selesa ini. Lebih merugikan apabila keadaan jalanraya yang seperti ini yang dibina oleh kontraktor yang tidak memenuhi kehendak spesifikasi dibayar hasil kerjanya oleh JKR setaraf dengan pembinaan yang bermutu tinggi yang mengikut kehendak spesifikasi.
Workmanship jalanraya laluan Bentong ke Raub berbanding dengan laluan Raub ke Kuala Lipis atau Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah ibarat langit dengan bumi.Tetapi kontraktor dibiarkan menyerahkan hasil kerja yang sub-standard dan diterima pakai oleh JKR. Lebih memalukan lagi disebalik membaik pulih laluan ini JKR memasang papan tanda jalanraya memberitahu pengguna jalanraya supaya berhati hati dengan keadaan jalanraya yang bumpy.dengan kata lain JKR mahu pengguna jalanraya dan pembayar cukai "live with it" dengan hasil kualiti kerja yang telah diterima dan diguna pakai oleh mereka.
Stretch daripada Bentong ke Raub adalah flaw dan tidak mengikut spesifikasi dan JKR hendaklah memulakan initiatif memulihkan keadaan laluan ini. Janganlah pula hanya apabila ianya menjadi issue negara sebagaimana yang berlaku pada piers di viaduct laluan Laluan Lingkaran Tengah di Kepong barulah ianya hendak dipandang serious.
Perjalanan daripada Raub ke Kuala Lipis adalah selesa. Laluan ini nampaknya dibina mematuhi kehendak spesifikasi JKR. Pemanduan sebelah malamnya dilengkapi dengan bantuan illumination seperti cat eyes dan illumination marking jalanraya. Walaupun pemanduan diwaktu malam dan dalam keadaan hujan pemanduan dilaluan ini adalah lebih selamat.
Manakala pemanduan daripada Kuala Lipis ke Gua Musang keadaan jalan semasa berada dalam negeri Pahang boleh dikatakan dalam keadaan baik dan selamat pemanduannya samada untuk pemanduan siang hari maupun untuk malam dan hari hujan.
Walau bagaimanapun sebaik sahaja memasuki sempadan Kelantan daripada Kuala Lipis ke Gua Musang keadaan keselamatan pemanduan menjunang turun daripada selamat kepada merbahaya lebih lebih lagi kepada pemanduan sebelah malam ditambah lagi pada hari hujan.
JKR hendaklah memainkan peranan pro aktif dalam mengenal pasti milestone tertentu untuk dinaik taraf dengan peningkatan illumination pada jalanraya dan kiri kanan jalanraya. Keselamatan pemanduan waktu malam dan hari hujan hendaklah diambil kira dengan serious supaya menaik taraf ciri ciri keselamatan untuk laluan ini boleh dibuat dengan berkesan.
Perjalanan daripada Gua Musang Ke Kuala Krai masih tidak berubah berbanding dengan sebelumnya. Memandangkan laluan ini telah berusia melebihi atau hampir 30tahun maka laluan ini memerlukan naik taraf ciri ciri keselamatan kepada laluan ini seperti lane marking, cat eyes, illumination yang lebih lengkap pada marking post atau metal beam rail. Illumination yang dapat membantu meningkatkan keselamatan pemanduan pada waktu malam dan hari hujan.
Pemanduan daripada Kuala Krai ke Machang telah banyak berubah dan lebih selamat dan selesa dengan laluan baru siap. Memandangkan laluan ini masih baru diharap pihak JKR tidak akan mengabaikan penyenggaraan secara berkala kepada laluan ini supaya pembayar cukai tidak rugi menanggung kos pembaikpulihan jalan dimasa hadapan. Menyenggara lebih berkesan dan menjimatkan berbanding dengan pembaikpulihan dikemudian hari akibat kerosakan.
Perjalanan daripada Machang ke Kota Bharu juga lebih selesa. Walau bagaimanapun dengan keadaan bilangan trafik yang semakin meningkat dan adanya laluan baru daripada Kuala Krai ke Machang sudah tiba masanya laluan daripada Machang ke Kota Bharu dinaik taraf sepenuhnya supaya lebih selesa dan dapat menanggung bilangan trafik yang semakin bertambah daripada Machang ke Kota Bharu.
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment