Tuesday, November 18, 2008

HUJAN DAN KEMALANGAN

Bagaikan tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap kali hujan maka akan berlakunya kemalangan. Maka sebab itu jugalah setiap kali hari hujan maka akan kelihatan tol trak menunggu giliran apabila kita memandu dimana mana lebuhraya.

Keadaan hujan dan kemalangan juga sentiasa berlaku apabila kita menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Setiap kali hari hujan ada sahaja kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah berlaku pada salah satu daripada lokasi yang sama sepanjang laluan samada daripada Kuala Lumpur ke Karak maupun dari Karak ke Kuala Lumpur.

Punca utama berlakunya kemalangan pada hari hujan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah kerana adanya stretch yang mana takala hujan lebat surface runoff melintasi lebuhraya. Keadaan ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya pembinaan jalan pada stretch tertentu mematuhi rekabentuk jalan. Surface runoff tidak sepatutnya melintasi lebuhraya malah surface runoff sepatutnya memasuki roadside drain. Surface runoff yang melintasi lebuhraya berlaku apabila section lebuhraya tidak mematuhi rekabentuk.

Untuk Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Lembaga Lebuhraya Malaysia bersama dengan MTD hendaklah melakukan pemanduan bersama semasa hujan lebat sepanjang lebuhraya bagi mengenal pasti stretch yang adanya surface runoff melintasi lebuhraya. Setiap stretch yang dikenal pasti hendaklah dibina semula berdasarkan rekabentuk sebenar.

Apabila keadaan sebenarnya stretch tertentu dapat dikenal pasti dan pemulihan dapat dilakukan mengikut kehendak rekabentuk maka kecederaan, kerugian harta dan kematian dapat dihapuskan. Pemanduan yang lebih selesa dan selamat dapat diwujudkan.

No comments: