Saturday, April 19, 2008

KESESAKAN TRAFIK DI SRI GOMBAK

Masalah kesesakan trafik di Gombak bermula dari viaduct di Batu Caves sehingga Ramp keluar ke KASTURI Expressway adalah berpunca daripada traffic daripada laluan ini yang hendak mengambil lorong keluar ke Gombak atau Greenwood. Masalah ini telah mula wujud semenjak lebih dari dua tahun yang lepas apabila viaduct di Jalan Gombak ini disiapkan.

Dianggarkan setiap hari diantara Isnin hingga Jumaat samada "morning peak" maupun "evening peak" 1jam terbuang akibat kesesakan ini. Yakni 30minit sebelah pagi dan lagi 30minit disebelah petangnya. Sekiranya 80,000 kenderaaan menggunakan laluan ini setiap hari disebelah pagi dan petangnya bermakna sebanyak 80,000 jam terbuang akibat daripada kesesakan tersebut. Maka sekiranya nilai produktiviti adalah Rm10 sejam maka Rm800,000 nilai produktiviti terbuang setiap hari. Bermakna sebulan Rm20.8 juta nilai produktiviti terbuang. Maka untuk setahun RM249.60 juta nilai produktiviti rakyat terbuang begitu sahaja.

Untuk mengelakkan daripada nilai produktiviti daripada terus terbuang maka Jabatan Kerja Raya atau Lembaga Lebuhraya Malaysia atau mana agensi yang berkaitan hendaklah memasang "bollard" pada laluan untuk jalan viaduct Gombak memisahkannya dengan jalan "trunk" Gombak dihadapan bangunan CIMB.

Maka apabila "bollard" dipasang kenderaan daripada viaduct daripada Batu Caves tidak boleh lagi mencelah untuk ke Jalan Gombak samada untuk ke Taman Sri Gombak atau Greenwood.
Mereka hendaklah mengambil "u-turn" sebelum tol Lebuhraya Karak atau "U-turn" di Taman Melati atau mengambil jalan "trunk" yang bermula di susur keluar Jalan Perindustrian di hadapan kuil Batu Caves.

Sudah sampai masanya JKR atau LLM atau agensi berkaitan menyelamatkan kehilangan nilai produktiviti sebanyak Rm800,000.00 sehari daripada terus terbuang. Pemasangan "bollard" di viaduct jalan Sungai Buluh di Kepong adalah contoh yang telah berkesan menghapuskan kesesakan yang berlaku sebelum ini dilaluan tersebut.

POLIS DAN UNDANG UNDANG LALULINTAS

Berita terkini daripada Ketua Polis Negara bahawa pihak polis adalah dalam perancangan untuk memasang kamera pada setiap kereta peronda polis adalah satu langkah yang baik dan sealiran dengan usaha yang telah dilakukan oleh negara yang telah maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Dengan pemasangan kamera pada setiap kereta peronda bermakna semua aktiviti kepolisan yang melibatkan "contact" dengan orang awam mesti dilakukan dihadapan kamera. Dari segi keselamatan pula ianya adalah sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pihak polis sekiranya wujud sebagai cubaan yang mengancam keselamatan anggota polis peronda yang terlibat maka ianya adalah dirakamkan dan boleh digunakan sebagai bahan bukti.

Disamping itu diharap usaha lain juga terus dilaksanakan dari masa kesemasa untuk lebih meningkatkan intergriti pasukan polis. Umpamanya semua saman lalulintas hendaklah hanya boleh dibayar melalui pos sahaja. Ini supaya tidak wujud "physical contact" dengan orang awam yang boleh memudahkan rasuah dilakukan. dengan itu maka pihak polis hendaklah mewujudkan sebuah pusat pemerosesan saman yang berpusat untuk menerima bayaran saman melalui pos ini. Pihak polis juga boleh menggunakan pejabat pos atau bank untuk orang awam membayar saman.

Untuk mengelakkan daripada rasuah bertapak dalam pasukan polis maka adalah baik juga jika Ketua Polis Negara dapat melaksanakan semua urusan yang melibatkan wang dengan "outsource" perkhimatan tersebut. Biarlah pasukan polis lebih memberikan kepada hal yang berkaitan dengan undang undang dan keselamatan.

Usaha juga hendaklah dilakukan supaya gaji setiap anggota polis yang berpangkat konstable hendaklah minimum Rm3,000.00 sebulan. Memandangkan semua anggota polis adalah menghadiri kursus khas selama beberapa tahun di PULAPOL maka sudah tiba masanya usaha dilakukan supaya setiap anggota polis mendapat gaji minima Rm3,000.00. Lagipun hanya mereka yang betul betul berminat sanggup menjadikan polis sebagai kerjaya hidup mereka maka mereka layak diberikan ganjaran gaji minimum Rm3,000.00 diatas pengorbanan yang mereka tunjukkan dengan menganggotai pasukan polis.

Untuk memberikan pendapatan tambahan kepada anggota polis maka dalam setiap aktiviti pembinaan yang melibatkan gangguan kepada laluan trafik diwajibkan kontraktor mengunakkan khidmat anggota polis. Mereka yang bercuti pada hari tertentu boleh lah digunakan untuk bertugas mengawal hal hal yang berkaitan dengan lalulintas ditempat pembinaan yang terbabit. bayaran kos anggota polis yang bertugas hendaklah dibayar oleh kontraktor yang terlibat. secara langsung anggota polis boleh mendapat pendapatan tambahan.

Kita pasti apabila kerajaan sanggup membayar gaji minimum anggota polis pangkat konstable sebanyak Rm3,000.00 sebulan rasuah sifar dikalangan anggota polis boleh dicapai. Intergriti pasukan polis boleh mencapai tahap yang cemerlang dari segi intergriti dari kaca mata orang awam.