Tuesday, March 31, 2009

BUKIT GANTANG

Persidangan UMNO yang telah lama tertangguh telah berjaya memberikan dan membawa nafas baru kepada UMNO. Setidaknya barisan kepimpinan yang telah dipilih dapat mencerminkan hala tuju UMNO seterusnya.

Walau bagaimanapun tindakan para pengundi di Bukit Gantang terhadap Barisan Nasional nanti tidak boleh dianggap berakhir disitu sahaja. Ada mungkinnya para pengundi boleh memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan harapan supaya Barisan Nasional kekal professional dengan janji yang telah dibuat. Jangan terkejut apabila di PRU 13 nanti para pengundi Bukit Gantang boleh pula beralih kepada Barisan Nasional.

Peringatan kepada para penceramah Barisan Nasional supaya lebih focus kepada apa yang dapat dilaksanakan untuk kebaikkan rakyat Bukit Gantang bukannya merendah rendahkan keupayaan Pakatan Rakyat. Merendah rendahkan Pakatan Rakyat untuk meraih undi disini tidak akan berkesan.

Kekuatan yang ada pada Ir. Nizar adalah keperibadian beliau yang tinggi dikalangan rakyat Perak dan para pengundi Bukit Gantang yang berbilang kaum. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka. Juga jangan terkejut dengan apa yang telah berlaku di Perak secara langsung juga dapat memberikan undi simpati kepada Ir. Nizar. Dengan kata lain usaha kerajaan BN yang akhirnya memberikan faedah kepada calun Pakatan Rakyat. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan. Disinilah nanti akan timbul persoalan sebenarnya apa baiknya kita mengambil alih kerajaan negeri Perak dikaca mata rakyat Perak. Itu yang sebenarnya penting untuk dianalisa.

Apa yang para pengundi Bukit Gantang mahu adalah seorang pemimpin yang boleh mentafsirkan kehendak mereka dengan sebenarnya terutamanya dalam menghadapi kemelesetan ekonomi global yang kita alami sekarang.