Thursday, April 30, 2009

Semakan Kebersihan

Tujuan semakan kebersihan di restoran dibuat adalah untuk menjamin keselamatan makanan. Ianya dibuat melalui ISO atau juga melalui pengiktirafan HACCP yang diperakui diperingkat antarabangsa.

2. Pendekatan yang dibuat diperingkatan antarabangsa disamping menjamin keselamatan makanan sepanjang proses sehingga sampai kepada pengguna adalah juga pendekatan kepada "system improvements". Sebarang kesalahan yang dikenal pasti dengan jelas diberi masa untuk diambil tindakkan untuk membaik pulih kaedah yang dilaksanakan untuk menjamin sebarang kelemahan tidak mengancam keselamatan makanan.

3. Pendekatan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Daerah pula adalah pendekatan "menyembelih" setiap pengusaha restoran dengan kaedah demerit system yang diamalkan tanpa memberikan sebarang ruang untuk pengusaha memperbaiki dan memperkemaskan kelemahan pada proses yang mereka amalkan.

4. Kesalahan kecil seperti secebis sisa makanan yang berukuran 2mmx10mm yang jatuh ke dalam longkang diberikan markah demerit walaupun 99.99% daripada longkang telah cukup bersih mengikut standard antarabangsa.

5. Kakitangan yang datang membuat pemeriksaan di restoran tidak mengambil kira langsung keadaan operasi yang berjalan lancar dan selamat tetapi lebih berminat mencari kesalahan walaupun sekecil zarah untuk dijadikan alasan untuk dimerit pengusaha restoran yang terlibat.

6. Ada pengusaha restoran yang telah membelanjakan beratus ribu ringgit untuk memenuhi kehendak daripada Jabatan Kesihatan Daerah tetapi masih dianggap gagal memenuhi kehendak mereka 100% sekiranya 1% daripada kehendak mereka masih belum dipenuhi. Contohnya penggunaaan pemanas bain marie dan pemanas infra red. Mereka mewajibkan pengusaha restoran menjual setiap makanan pada suhu 60 darjah celsius ke atas 24 jam sehari walaupun item yang diiktiraf antarabangsa boleh dijual selama 4 jam dalam keadaan bertutup pada suhu bilik pengusaha restoran masih dikenakan demerit oleh Jabatan Kesihatan Daerah.

7. Mana mana pengusaha restoran yang sanggup berniaga atas dasar merit yang tidak sanggup memberikan rasuah kepada kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Daerah ini akan menghadapi seribu satu macam kesalahan yang boleh mereka jadikan alasan untuk dimerit pengusaha yang terlibat. Sehinggalah pengusaha tersebut sanggup berkerjasama memberikan rasuah maka barulah perjalanan operasi restoran terlibat tidak diganggu lagi.

8. Dalam dunia globalisasi ini tidak ramai lagi pengusaha restoran yang akan memberikan rasuah kepada Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah ini sehingga mereka sanggup menanggung 100% usaha yang mereka telah lakukan tidak diendahkan lansung malah kesalahan kesalahan baru dicari gali oleh pegawai yang terlibat sehingga mereka bersetuju memberikan rasuah.

LITTLE NAPOLEON

Secara keseluruhannya kakitangan kerajaan adalah berdedikasi dan bertanggung jawab dengan kerja masing masing. Yang menimbulkan masalah adalah sekerat Little Nepoleon yang masih berterusan bermaharaja lela merosakkan imej sebahagian besar penjawat awam yang lain.

2.Sekiranya Suruhanjaya Pencegah Rasuah sebenarnya ingin melihat gejala rasuah dihapuskan maka aduan daripada kakitangan kerajaan yang berjumlah lebih 1 juta orang dan rakyat jelata hendaklah dipermudahkan sekadar melalui sms, surat, email maupun telefon. Samada ianya ada kesahihan untuk disiasat suruhanjaya mempunyai kepakaran untuk menilainya.

3. Bermakna ada berjuta juta mata yang memandang dan sekiranya peluang untuk mengadu dipermudahkan maka sudah tentu lebih banyak aduan diterima oleh suruhanjaya kelak. Atau dengan kata lain membuat aduan adalah sekadar "a phone call away".

LIMITKAN TEMPUH BERKHIDMAT

Lanjutan daripada penindasan pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan daerah terhadap pengusaha kedai makan adalah disarankan supaya setiap kakitangan yang terlibat dengan penguatkuasaan tidak ditugaskan melebihi 1 tahun pada setiap bahagian atau kawasan.

2.Mereka yang terlibat hendaklah sentiasa ditukarkan apabila telah mencapai 1 tahun berkhidmat. Ini sebenarnya diamalkan oleh GLC dan bank perdagangan. tambahan lagi dapat memberikan kakitangan terlibat lebih pengalaman.

3.Dapat mengelakkan gejala rasuah daripada bertapak ataupun cuba berputik. Tidak memberikan keselesaan kepada perlaksaan tugas yang boleh mengheret kepada amalan rasuah.

4. Produktiviti yang lebih boleh diperolehi daripada kakitangan yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.

PENGREDAN KEDAI MAKAN

Pengredan kedai makan oleh Majlis Bandaran Tempatan dan Jabatan Kesihatan Daerah dengan Gred A, B atau C mungkin bertujuan baik tetapi secara langsung meningkatkan rasuah dan ketidak telusan pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan.

2.Memandangkan semakan yang dibuat adalah berdasarkan dimerit menggunakan borang standard mengikut Akta Makanan 1983 Pindaan 2001 ianya tidak telus. Walaupun Akta Makanan 1983 adalah lebih terperinci tetapi dengan menggunakan borang demerit yang boleh menyebabkan kesalahan yang dilakukan tidak dapat dilapurkan dengan telus. Sehinggakan kesalahan kecil yang boleh dirunding pakai tidak diterima langsung.

3.Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengusaha makanan menjual sebarang makanan yang bersuhu di bawah 60 darjah Celsius mengikut kaedah pada borang dimerit yang digunakan.

3.Mengikut Akta Makanan yang diperakui di peringkat antarabangsa, Amerika Syarikat dan negara megara eropah makanan boleh dijual pada suhu bilek dan bertutup untuk tempuh selama 4jam.

4. Jabatan Kesihatan Daerah Kementerian Kesihatan setiap kali membuat pemeriksaan ke kedai makan sekiranya mendapati sebarang suhu makanan kurang daripada 60 darjah celsius adalah merupakan satu kesalahan walhal sepatutnya ianya dikuatkuasa kepada makanan yang dijual melebihi 5jam tempuhnya.

5. Jabatan Kesihatan sepatutnya mengambil langkah yang lebih telus dan positive dengan menerangkan dengan lebih terperinci kesalahan yang dilakukan dan mencatitkan dengan jelas akan kesalahan sebenar yang dilakukan.

6. Didapati walaupun pengusaha kedai makan telah menyimpan semua makanan dalam peti sejuk dan peti beku dalam lebih daripada 1000 buah bekas bertutup sekiranya 1 daripada bekas yang digunakan didapati tidak bertutup lengkap walaupun sedikit sahaja terbuka pengusaha telah melakukan kesalahan.

7. Walaupun lantai kedai makan hendaklah sentiasa kering dan tidak basah tetapi sekiranya lantai didapati basah walaupun baru lepas dimop pengusaha juga telah melakukan kesalahan.

8. Manakala setiap peti beku hendaklah berada pada suhu -18 darjah celsius kebawah. sekiranya pengusaha mempunyai 10 buah peti beku dan salah satu daripada peti beku didapati suhunya -16 darjah celsius juga telah melakukan kesalahan.

9. Begitu juga dengan peti sejuk suhu hendaklah berada pada suhu diantara 0 darjah celsius hingga 4 darjah celsius dan sekiranya pengusaha mempunyai 10 buah peti sejuk walaupun hanya satu peti sejuk yang berada pada suhu 5 darjah celsius juga telah melakukan kesalahan.

10. begitu juga sekiranya ikan tenggiri goreng berada pada suhu kurang daripada 60 darjah celsius juga telah dianggap melakukan satu kesalahan.

11. Sebenarnya masih ramai kakitangan yang membuat pemeriksaan di kedai makan adalah merupakan kakitangan yang tidak berkelayakan dan tidak berkelayakkan dan hasilnya pengusaha kedai makan yang menanggung penindasan.

12. Sekiranya kita belajar di peringkat universiti kita dapati setiap pensyarah tidak kedekut untuk memberikan pelajarnya markah 100% sekiranya pelajarnya boleh menjawab dengan betul. Tetapi berbeza dengan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan yang membuat pemeriksaan mereka amat takut untuk menganugerah markat 100% atau 90% ke atas kepada pengusaha kedai makan walaupun keadaan operasi keseluruhan kedai telah cukup bersih.

13. Tetapi amat mendukacitakan dengan sedikit bayaran segala kepayahan tadinya semuanya hilang dan pengusaha kedai makan boleh diberikan Gred A tanpa ragu ragu walaupun ianya mungkin hanya layak untuk Gred B. Begitu juga pengusaha Gred C kerana sanggup membayar diberikan Gred B.

14. Manakala para pengusaha yang jujur dan ikhlas berniaga dan betul betul ingin melakukan yang terbaik perjalanan mereka dijadikan begitu sukar kerana tidak mahu mmembayar.

15. Ada baiknya pihak berkuasa menghapuskan sistem pengredan kedai makan TETAPI masih melakukan pemeriksaan seperti biasa. Ini dapat menghapuskan penyalahgunaan kuasa dan mengelak berlakunya kegiatan rasuah secara berleluasan. Tambah lagi tahap kebersihan kedai makan sebenarnya dapat dipertingkat dengan lebih berkesan lagi.

Thursday, April 23, 2009

JAWATAN KOSONG

Dalam keadaan ekonomi sekarang berapa banyak syarikat yang masih terus mengambil pekerja baru selain daripada sektor kerajaan.

2.Malangnya berapa banyak syarikat yang masih tidak dapat beroperasi dan berkembang kerana ketiadaan pekerja.Ada syarikat yang menggunakan khidmat syarikat "outsource" tetapi kerana proses birokrasi masih tidak menerima pekerja baru.

3. Samada disedari atau tidak sekarang ini kerajaan secara tidak langsung menyekat sektor perkhidmatan daripada mengambil pekerja kerana ingin peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat tempatan. Tetapi peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan telah 6 hingga 9 bulan kosong dan tidak dapat dipenuhi oleh anak tempatan dan masih tidak dapat menarik anak tempatan.

4. Dalam keadaan ekonomi sekarang ada syarikat yang telah menhentikan pekerja walaupun cuba dihalang oleh kerajaan mereka tetap memberhentikan pekerja mereka kerana perniagaan mereka tidak dapat lagi menampung kos overhead yang tinggi tanpa permintaan yang memadai terhadap barangan atau perkhidmatan mereka. Ini membuatkan keadaan parameter dan indikator ekonomi lebih tertekan.

5. Manakala sektor perkhidmatan yang masih bergerak disebalik keadaan ekonomi yang meleset tidak dibenarkan mengambil pekerja baru untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam keadaan sekarang boleh turut memberikan kesan kepada perniagaan mereka. Berbagai syarat dikenakan oleh Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) kepada mereka. Dengan syarat baru daripada JTR majikan dalam sektor perkhidmatan gagal mengaji pekerja tempatan kerana tidak menarik minat mereka dan gagal mendapatkan pekerja asing kerana kerajaan tidak membenarkannya.

6. Sektor perkhidmatan menunggu masa untuk rebah sahaja dengan polisi baru yang diwujudkan. Dalam keadaan ekonomi yang wujud sekarang sekiranya kita terlalu melindungi kepentingan kita tiada negara akan membeli barangan keluaran kita kerana mereka juga akan mengamalkan perlindungan daripada membeli barangan kita.

7. Dalam keadaan ekonomi sekarang ekonomi akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan memperkenalkan banyak polisi polisi perlindungan yang baru tanpa sebenarnya menyelesaikan masalah ekonomi sebenar yang dihadapi.

8. Pendekatan yang kita nampak diambil oleh kerajaan adalah dengan menghukum sektor lain dengan harapan hendak menolong sektor yang merosot. Kaedah sebegini adalah salah sama sekali.

9. Secara tidak disedari polisi yang diperkenalkan dikeadaan ekonomi yang gawat ini sebenarnya boleh membunuh sektor yang selama ini telah berjaya membangun tanpa campur tangan daripada pembuat polisi.

Tuesday, April 21, 2009

PERDANA MENTERI

Sudah tiba masanya perdana menteri kita menjalankan tugas sepenuh masa sebagai perdana menteri. Perdana menteri tidak sepatutnya memegang jawatan kabinet yang lain lebih lebih lagi sebagai menteri kewangan. Dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang mencabar ini sudah tiba masanya kita mempunyai seorang menteri kewangan yang merupakan menteri kewangan sepenuh masa.

2. Walau seramai manapun timbalan menteri kewangan atau menteri kewangan kedua dilantik apabila seorang perdana menteri memegang jawatan bertaraf menteri yang lain bermakna negara kita mempunyai seorang perdana menteri separuh masa. Bolehkah dalam keadaan negara kita menuju kepada wawasan 2020 ianya dipimpin oleh seorang pemimpin separuh masa.

3. Mungkin sudah tiba masanya perdana menteri najib mula memikirkan hanya memegang jawatan sebagai perdana menteri. Sebagai hanya perdana menteri fokus usaha dan tenaga perdana menteri najib boleh diberikan kepada meneraju dan mengemudi pentadbiran dan pengurusan negara dengan lebih berkesan dan fokus.

4.Apa gunanya memegang 2 atau tiga jawatan jika zat daripada jawatan yang dipegang tidak dapat dikecapi oleh rakyat 100% kerana tanggung jawab pada jawatan yang lain.

5.Dengan memegang 2 jawatan secara langsung ianya akan menurunkan KPI seseorang menteri.

6. Harap perdana menteri najib dapat memikirkan saranan yang diberikan kerana ianya lebih memberikan banyak kebaikan daripada kelemahan. Perdana menteri najib akan lebih berkesan meneraju negara dan memimpin kabinet dan bn.

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS MELALUI MATEMATIKA & SAINS

Bukannya kita tidak menyokong pengajaran bahasa inggeris untuk para pelajar. Tetapi dengan penghapusan bahasa asal pengajaran untuk matematika dan sains bermakna kita menekankan pembelajaran bahasa inggeris dengan penghapusan bahasa malaysia sebagai bahasa penghantar.

2.Dengan penghapusan bahasa malaysia untuk mengajar matematik dan sains maka bahasa malaysia untuk matematika dan bahasa malaysia untuk sains tidak akan berkembang maju malah berkemungkinan akan beransur ansur hilang kepentingannya.

3.Jika beria ria sangat menteri kita ingin menerapkan bahasa inggeris kepada pelajar maka perkenalkan subjek baru bahasa inggeris untuk komunikasi untuk semua pelajar. Dengan mengambil subjek komunikasi bahasa inggeris ini para pelajar akan boleh bertutur dalam bahasa inggeris bukan sahaja setakat boleh membaca dan menulis dalam bahasa inggeris.

4.Secara kita tidak sedari para pemimpin kita terlalu mudah untuk berkompromi dan mengadaikan apa yang kita ada untuk tukaran kepada sesuatu yang baru.

Sunday, April 19, 2009

PILIHANRAYA KECIL

1. Samada kita setuju atau tidak dengan cara wakil rakyat daripada pakatan rakyat meletak jawatan setiap kali mempunyai masalah peribadi dan kita telah mula menjadikan ini sebagai isu kepada rakyat, sebenarnya cara yang mereka lakukan adalah sealiran dengan kehendak rakyat.

2. Apa yang wakil pakatan rakyat buat adalah setanding dengan apa yang juga dibuat oleh wakil daripada negara maju seperti Amerika, Jepun, England, German dan lain lain. Zaman dimana wakil rakyat tergantung pada jawatan tanpa mengambil kira apa yang berlaku sudah berlalu. Dari segi ini nampaknya BN masih jauh ketinggalan pendekatannya berbanding dengan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat.

3. Jangan pula hendak kita jadikan pendekatan yang dibuat oleh pakatan rakyat ini sebagai issu kerana jika kita teruskan juga maka dikaca mata rakyat kita bukan sahaja nampak jauh ketinggalan malah bercanggah dengan kehendak rakyat yakni setiap wakil rakyat hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia untuk meletak jawatan. Amalan sebegini setelah lebih daripada 50 tahun boleh dikatakan tidak pernah dilakukan oleh mana mana wakil BN.

KERAJAAN NEGERI PERAK

Mengambil alih kerajaan negeri perak daripada pakatan rakyat dengan cara walaupun demokratik tetapi penuh dengan kerapuhan adalah merupakan suatu kesilapan yang amat besar yang telah kita lakukan tanpa menerima realiti sebenar situasi politik di negeri perak.

Kekuatan sebenarnya yang ada pada bekas kerajaan pakatan rakyat pada waktu ini adalah pada speaker dewan undangan negeri perak. Walau apapun yang akan dilakukan oleh UMNO dan BN dalam situasi sekarang ini pastinya tuan yang dipertua speaker yang jelasnya bukannya seorang yang bodoh tindakan dan pemikirannya pasti ada diperuntukkan lagi sejuta satu macam clause yang tertanam dalam undang undang tubuh negeri perak untuk tetap mempertahankan kedaulatan asal kerajaan negeri perak.

Kita lupa kepada perkara asas bahawa 3 orang adun yang kita bawa berjumpa tuanku raja perak adalah juga merupakan 3 orang adun yang sama yang 11 bulan sebelum itu telah terlebih dahulu juga dibawah mengadap tuanku raja perak oleh bekas kerajaan pakatan rakyat. Dengan adanya ketiga tiga mereka itulah yang sebenarnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat kerajaan negeri perak.

Kita berjaya mengambil kembali kerajaan negeri perak daripada gengaman pakatan rakyat dengan pertolongan daripada ketiga tiga adun yang sama. Sebenarnya dengan adanya 3 adun tadi, BN menjadi lebih rapuh daripada sebelumnya. Ketiga tiga adun yang sama sekali lagi bersama sama dengan kita berbohong hidup hidup dihadapan tuanku raja perak bahawa kini mereka menyokong kita. Walhal 11 bulan yang lepas mereka penyebab utama tertubuhnya kerajaan pakatan rakyat. Percayalah tuanku raja perak adalah lebih pintar daripada kita semua. Baginda mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Baginda merestui dengan apa yang berlaku kerana baginda mengetahui perlembagaan negeri perak tetap akan melindungi kedaulatan tubuh dan pentadbiran kerajaan negeri perak.

Dengan apa yang berlaku sebenarnya ianya adalah merugikan rakyat negeri perak. Sokongan rakyat yang masih ada pada BN nampaknya akan menjadi lebih mencabar untuk dipulihkan kembali. Tetapi yang malangnya tiba bulan May 2009 ini dengan adanya tuan yang dipertua speaker dari pakatan rakyat tuanku raja perak pasti merestui pembubaran dun. Dengan itu ianya akan berbalik kepada hasrat asal kerajaan pakatan rakyat bergegas untuk membubarkan dun sebelum ini. Pada kita BN kerana kerakusan dan ketidakcerdikan segelintir pemimpin muda kita hendak berkuasa kita akan ditelan oleh kuasa yang ada dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri perak. Tiba May ini dun sekiranya dun terbubar maka sekali lagi rakyat negeri perak akan diajak memilih pemimpin sebenar mereka. Pilihanraya di negeri perak nanti sesungguhnya merupakan perhitungan yang amat berat bagi kita. Rakyat akan membuat keputusan mereka sekali lagi dan dengan apa yang telah berlaku apakah kita masih percaya rakyat akan terus menyokong dan meningkatkan sokongan pada kita.

Amatlah mendukacitakan untuk mengatakan bahawa tindakan kita mengambil alih kerajaan negeri perak sebenarnya akan turut menjadi unsur kepada kehilangan sokongan kita daripada rakyat. Apa yang telah kita lakukan sebenarnya juga merupakan suatu eksperimen yang dilakukan oleh pakatan rakyat sekiranya mereka berani mengambil alih kerajaan persekutuan dengan bantuan mp dari bn sebagaimana yang mereka canangkan. Samada kita suka atau sebaliknya sebenarnya kita telah diperdayakan kerana kerakusan pemimpin muda kita kepada KUASA.

Saturday, April 4, 2009

MELAHIRKAN USAHAWAN - Pengenalan

Secara realitinya tidak semua orang boleh menjadi usahawan. Usahawan adalah dilahirkan. Ianya tidak boleh dibentuk. Usahawan yang sebenarnya hendaklah dicari dan setelah dijumpai barulah ianya dibentuk.

Menjadi seorang usahawan adalah 99 peratus persediaan minda hanya 1 peratus sahaja menyentuh soal soal lain. Dengan persediaan minda yang berkesan dan matang maka apa sahaja halangan yang ditempuhi tidak menghalang bakal seorang usahawan untuk terus mara menuju dan meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Persekitaran polisi yang diwujudkan untuk melahirkan seorang usahawan juga adalah penting untuk menjamin usahawan dengan usaha yang tidak putus dapat akhirnya dilahirkan. Polisi yang ada sekarang sebenarnya tidak menyokong untuk melahirkan seorang usahawan sebenar. Kita mempunyai polisi yang lebih kearah menghukum ke atas sebarang kegagalan yang ditempuhi oleh usahawan. Institusi kewangan akan menyenarai hitam usahawan yang telah gagal dalam usaha mereka. Sistem kewangan yang ada sekarang tidak menyokong langsung usahawan yang jatuh ini untuk bangun kembali. Kita sepatutnya mempunyai polisi untuk membantu usahawan ini bangun kembali seperti Bangkrup Chapter 11 atau Bangkrup Chapter 11 yang boleh melindungi usahawan daripada kreditor supaya usahawan mempunyai masa untuk urus kembali dan bangun. Sistem kewangan kita yang mahukan straight A usahawan adalah terpesong dari tujuan sebenar untuk melahirkan usahawan. Tidak ada seorang usahawan sebenar didunia ini yang berjaya sepanjang masa tanpa mengalami sebarang kegagalan.
Bersambung.