Monday, June 8, 2009

MTD & Tutup Jalan

Nampaknya semacam sudah menjadi tabiat buat MTD setiap kali "public holiday" atau "school holiday" mereka sibuk dengan "construction" disana sini dan secara tidak langsung "lane" dikurangkan. Apabila "travel lane" dikurangkan maka sudah tentu berlaku "bottle neck" dan kesesakkan lalulintas.

2. Buat masa ini berlaku "construction" aktiviti sekitar "bridge" di Km 24 Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur yang sudah beberapa minggu tetapi masih belum lagi siap. Ditambah dengan cuti sekolah bermula dari 30hb. Mei hingga 13hb. Jun nanti maka laluan ini sentiasa berlaku kesesakan. Ini adalah mengganggu pengguna jalanraya. Jika 30 minit "delay" berlaku dan jumlah kenderaan sekitar 50,000 sehari maka berlaku 25,000 jam "waste of time" kepada pengguna jalanraya.

3. Lembaga Lebuhraya Malaysia sepatutnya memantau kegiatan "construction" oleh MTD dan kebenaran sepatutnya tidak diberikan untuk menutup laluan lebuhraya sama sekali sebagaimana yang berlaku sekarang.

4. Lembaga Lebuhraya Malaysia sepatutnya membenarkan "construction" dibuat dalam "stages" supaya gangguan kepada "travelling public" tidak berlaku. Menutup jalan terutamanya Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur mesti dielakkan dalam "whatever cost". Hal ini sepatutnya dipraktikan oleh "governing body" seperti LLM.

5. Cara terbaik untuk menyiapkan kerja pada sekitar jambatan di Km 24 samada kerja berkaitan "parapet wall", "cable guide rail", "metal guide rail" mahupun "expansion joints" pada jambatan hendaklah dilakukan dalan "3 Stages" atau "4 Stages".

6. Kaedah sekarang dengan membuka laluan contra adalah tidak selamat dan mengancam keselamatan pengguna lalulintas.

7. Kaedah yang dipraktikan sekarang disamping mengancam keselamatan kepada pengguna juga adalah melanggar undang undang keselamatan lalulintas antarabangsa.

8. Jangan sampai berlaku kemalangan atau kehilangan jiwa baru kita ingin melihat kaedah yang selamat dan betul dilakukan.