Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA



Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H/2009 kepada para pengunjung blog ini.

Nampaknya Karak Highway boleh dikatakan dua hari dua malam penuh sesak dengan kenderaan daripada tol Gombak hingga ke Genting Sempah. Kemudian daripada Genting Sempah bersambung ke tol Bentong. Pendek kata bumper to bumper dari km 20 di tol Gombak hinggalah ke km 60 di tol Bentong.

Perjalanan sejauh 40km yang kebiasaannya memakan masa selama 40minit menjadi 2jam. Tetapi apa boleh buat kerana masing masing mempunyai satu tujuan yaitu untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing masing.

Antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalulintas bertambah buruk lagi adalah kerana:

1. Adanya kenderaan yang dipandu dibawah 90km/j tetapi masih menggunakan lorong sebelah kanan lebuhraya.

2. Adanya kenderaan walau apapun alasan didapati berhenti di tepi jalan atau bahu jalan sepanjang lebuhraya yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan masing masing.

3. Ada juga pemandu yang berhentikan kenderaan masing masing dibahu lebuhraya untuk tidur. Ini juga menganggu pemandu lain yang menyebabkan mereka juga memperlahankan kenderaan mereka.

Sebaiknya setiap pemandu hendaklah merancang perjalann masing masing. Dimana setiap pemandu mahu berhenti disepanjang lebuhraya juga sepatutnya dirancang dengan teliti. Sekiranya masing masing berhenti dan rehat di kawasan yang telah disediakan oleh MTD atau Petronas sudah tentu kesesakan sedikit sebanyak akan dapat dikurangkan.

MTD menyediakan kawasan rehat Genting Sempah untuk laluan timur dan laluan barat. Manakala Petronas pula menyediakan kawasan rehat dan rawat di Km58 di Superstation Petronas yang lengkap dengan kemudahan petrol, diesel dan balai makan dengan aneka 200 jenis makanan dan masakan untuk kemudahan pemandu berehat.

Dalam pada berlaku kesesakan tidak kurang juga ada berlaku beberapa kerosakkan kenderaan di lebuhraya. Ditahun hadapan ataupun untuk cuti perayaan hari raya haji nanti setiap pemilik kenderaan diharap dapat mendapat kelulusan daripada mekanik masing masing sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa salahnya kenderaan terlebih dahulu dihantar kepada mekanik masing masing dan dalam pada itu dapatkan clearance samada kenderaan kita boleh memulakan perjalanan balik kampung.

Disamping kerosakan berlaku juga beberapa kemalangan semasa cuti perayaan yang paling sibuk sebegini. Besemperna dengan cuti perayaan besar sebegini maka ramailah dikalangan kita yang menukar kepada kenderaan baru. Ramai juga dikalangan pemandu muda dengan kenderaan baru masing masing turut serta memulakan perjalanan yang jauh menuju ke kampung halaman masing masing.

Pemandu muda yang baru mendapat lesen memandu kenderaan baru dengan pengalaman memandu yang begitu terhad secara tidak langsung mendatangkan resiko yang tinggi kepada pengguna lebuhraya yang lain. Pemandu muda yang kebanyakkanya memandu Myvi, Kancil dan kenderaan yang kecil lainnya memandu begitu laju di lebuhraya mengalahkan BMW dan Merceds Benz.

Kesedaran dikalangan pemandu adalah penting semasa memandu supaya perjalanan bukan sahaja selamat untuk kita dan orang tersayang malah juga orang lain yang turut serta menggunakan lebuhraya.