Tuesday, November 3, 2009

Kadar Pekerjaan


Perdana Menteri ingin menjana dan memberikan peluang pekerjaan kearah status ekonomi masyarakat yang lebih tinggi.

Peluang pekerjaan berteknologi tinggi dapat diwujudkan apabila sektor berteknologi tinggi berjaya diwujudkan. Walau bagaimana pun sektor asas seperti sektor perkhidmatan tidak boleh diabaikan kerana bertapa maju mana sekali mana mana negara ianya masih memerlukan sektor asas yang merupakan platform kepada masyarakat tersebut.

Dalam pada kita merancang kearah masa hadapan maka sudah tiba masanya Kementerian yang berkaitan mengeluarkan perangkaan bulanan untuk:
i. Bilangan pekerja yang hilang kerja.
ii. Bilangan pekerja yang masih menggangur.
iii. Bilangan pekerjaan yang telah diwujudkan.

Ini adalah KPI sebenarnya yang lebih dekat dengan rakyat. Perangkaan tersebut hendaklah dijadikan routine dan dikeluarkan setiap bulan.

Sunday, November 1, 2009

Kekalkan Facade


Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menguatkuasa sepenuhnya mana mana tuan rumah yang sesuka hati mengubahsuai rumah mereka tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Adalah penting untuk memelihara facade asal sesebuah rumah. Facade asal dari segi senibinanya akan dapat memberikan identiti sesebuah kawasan perumahan. Identiti yang mempunyai nilai yang sebenarnya.

Lihat sahaja bangunan yang diiktiraf sebagai Heritage Site oleh UNESCO. Setiap satunya mempunyai ciri ciri senibina asal dan asli yang berkaitan dengan zamannya.

Adapun alasan yang diberikan seperti ruang yang tidak mengcukupi yang menyebabkan mereka terpaksa mengubahsuai rumah mereka adalah alasan yang tipis.
lihat sahaja penghuni rumah yang menyewa rumah mereka tidak ada usaha mereka untuk mengubahsuainya dan keluasan yang disewa dikira mengcukupi walaupun jauh dari mengcukupi.

Jika kita ke kota New York atau kota London kita akan dapat melihat kebanyakkkan daripada townhouse yang sudah berpuluh tahun umurnya masih lagi mengekalkan facade asalnya.

Sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak memantau keaslian facade tiada maknanya kelulusan asal yang diberikan oleh Jabatan Perancang, kelulusan pembangunan dan CF jika apa yang diluluskan dan dibina tidak dihormati oleh para pemilik rumah.