Monday, July 5, 2010

PRU-13


Bilakah Pru13 sepatutnya diadakan tidak sepatutnya menjadi bebanan kepada fikiran pucuk pimpinan negara. Mandat 5tahun yang diberikan oleh Rakyat hendaklah digunakan sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah.

Walau bagaimanapun berdasarkan alasan orang kebanyakan ianya bolehlah dibuat seperti berikut:

PILIHAN 1:
Pilihanraya Umum ke-13 hendaklah diadakan pada tahun 2013 setelah mandat berakhir pada February 2013. Ini mengambil kira bahawa kerajaan BN yang memerintah sekarang akan kalah.

PILIHAN 2:
PRU-13 hendaklah diadakan pada February 2013 sehingga hari terakhir tempuh 5 tahun kerajaan BN. Ini adalah dengan mengambil kira Kerajaan BN menang dan mendapat mandat daripada Rakyat untuk memerintah selama 5 tahun lagi sehingga 2018.

PILIHAN 3:
PRU-13 hendaklah diadakan sehingga hari terakhir tempuh 5 tahun mandat yang diberikan oleh Rakyat. Ini adalah dengan mengambil kira JIKA PRU-13 diadakan pada Disember 2010 atau pada August 2011 maka Kerajaan BN akan tumbang.

PILIHAN 4:
PRU-13 hendaklah diadakan sehingga hari terakhir tempuh 5 tahun mandat yang telah diberikan oleh Rakyat. Ini adalah dengan mengambil kira jika PRU-13 diadakan awal Rakyat memberikan mandat kepada Kerajaan BN untuk memerintah lagi.

Maka kesimpulannya samada kerajaan hari ini telah dapat meningkatkan popularitinya dikalangan Rakyat ianya hendaklah digunakan sebagai tabungan untuk terus mengumpul sokongan supaya apabila PRU-13 diadakan momentumnya menjadi penyumbang yang paling berkesan.

Kerajaan BN hari ini janganlah terpengaruh dengan idea kosong supaya PRU-13 diadakan dengan awal walaupun apa sahaja alasan kosong yang diberikan.

Untuk kesejahteraan Rakyat dan juga untuk jaminan Kerajaan BN untuk terus memerintah dimasa hadapan maka kerajaan hendaklah mengunakan tempuh mandat pemerintahan dengan sepenuhnya sehingga February 2013.

No comments: